Followers

Friday, October 3, 2014

'Mak, cikgu saya seksi!'

Assalamualaikum..

Apa perasaan anda sebagai ibu bila anak balik sekolah mengadu macamtu..sereeemmmm makkk!! Dah kenapa pulak kan? Sebelum ni tak pernah pun. Adakah ini persepsi, salah tanggapan atau memang sebenarnya cikgu dia seksi? tetttttt..

Apa itu 'seksi'? Kelakuan atau pakaian cikgu atau cikgu2 tersebut.

Sedia maklum sekolah ialah salah satu pejabat kerajaan yang semestinya ada kod etika pakaian tertentu. Dari rambut sampai kaki..tak kira lelaki atau perempuan. pernah satu ketika dahulu, heboh di laman sosial penjawat awam wanita dikutuk kerana berpakaian 'menjolok mata'. Apa masalahnya? Diorang pakai baju kurung dan kebaya. OK je kan?! Tapi adakah OK kalau baju kurung dan kebaya tersebut terlalu 'melekat' dan menampakkan susuk badan seseorang. Nampaknya maksiat mata bukan boleh dapat di Facebook saje tapi live depan mata. Tak salah bergaya kan tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman awam..hahaha..owh hilang pahala kawan sebelah tengok tuuttttt dan tteeeeettt kat badan. Wanita tersebut rasa apa ya? Bangga?? hmm..kena fikir semula lah ye.

Samalah di sekolah. Kadang nampak macam fashion show..show-off pun ada jugak (yang ni mesti tak mengaku). Baju terlalu berwarna warni. Murid nampak baju je dari nampak cikgu. Pakai kebaya dan kurung moden jangan cakaplah. Agak2 murid lelaki kita sekarang macam mana? Anak2 kita dah maju.Semua tau malah kadang lebih advance dari mak ayah. Bayangkan kita mengajar di hadapan anak murod tengok kita tak berkelip atas ke bawah..gara-gara baju yang melekat menampakkan lekuk badan tu..owh! Dan jangan tak tahu, ada je cikgu yang pakai skirt atas lutut tau. Ni bukan fitnah, saya pernah nampak..owh lagi!

Kebelakangan ni kaum adam pun jadi hamba fesyen. Ikut trend sekarang baju dan seluar sendap, melekat di tubuh. OK bayangkan anda murid perempuan yang duduk di kerusi meja masing2 di kelas, guru lelaki berseluar ketat nampak 'lekuk' kat tuutttt mengajar berjalan ke hulu ke hilir dalam kelas. owh tak boleh bayang. Takpe. Bayangkan guru tersebut berucap tanpa rostrum di perhimpunan sekolah.

owhhhhh!!!!

Kat belakang nuunnnn, murid perempuan kita dah sokseksoksek ketawa2 malu dengan kawan2.

Dan balik sekolah sampai je rumah 'mak, cikgu saya seksi!'.

Wassalam.

Monday, May 26, 2014

Bye bye Thomas Cup 2014

Assalamualaikum..

Nampaknya terus berharap lagilah Malaysia nak bawa balik Piala Thomas untuk kesekian kalinya..Tahniah pada team badminton kita kerana sanggup berhempas pulas berjuang. Moga jadi pengalaman dan azimat untuk teruskan perjuangan.

Apapun..selepas MENANGgung kekalahan malam tadi, hari ni memang betul2 Monday yang blues..huhu

Wassalam.

P/s: ntah brape kali menguap dari pagi tadi..

Friday, May 23, 2014

Bahagia..ke??

Assalamualaikum..

Lama tak jenguk kawan-kawan..busy pasaipa tau tau..hahaha Banyak ketinggalan rupanya..huhu

Saya rasa gembira bila tengok kawan-kawan bahagia. Kadang-kadang di facebook kawan2 letak status ' bahagia tahap dewa'..happy la kita tengok kan. Ue la..bahagia dengan anak2..bahagia dengan suami/isteri..bahagia dengan kerja..

TAPI..saya rasa..

Kawan2 pun kena kawal sikit rasa 'bahagia tahap dewa' tu. Kadang tengok status macam dah nak terkeluar cerita 'dalam kain'..yelah, nak menggambarkan bahagia tu kan..lagi2 status hari jumaat :p
Kadang bukan semua kawan macam saya..ada kawan rasa benda yg nk di cerita tu tak patut jadi status facebook.

Bukan semua kawan kita pun bahagia. Ye la..mana tau kan. Kena pula kawan tu jenis tak 'update status' slalu..mungkin kawan yang ni akan rasa sedih dan sebagainya. Memang la kita tak tau kesedihan dia tapi bila kita asyik update 'kebahagian' kita aje janganlah lupa mungkin ada yg baca tu rasa tak selesa.

Kadang terburuk sangka jugak dalam hati ni..betoi ka hang ni bahagia sangattt macam tu? Hohoho..kot la kan..saje bikin panasss.

Owh..x baik kau hari jumaat meroyan sakan.

Wassalam.

Friday, April 25, 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Assalamualaikum..

Jom join GA lagi..haha..ntah knape rajin benau plak minggu ni..sebab minggu ni selalu hujan kot..huh! tak bormotif langsung!

Saya suka skodeng blog cik adik manis ni..dia di sabah bha..seronok nak tau cerita orang jauh ni..over the sea!

Sempena 1st anniversary blog beliau buat GA utk kita..ye la kita la..takkan dia sendiri buat, dia sendiri join pulak.

Melalut! Stop.

Jomlah join GA ni. Klik banner dan ikut arahan di sana ya :)


Salam Jumaat!

Wassalam.

Thursday, April 24, 2014

Sinar yang tak pudar

Assalamualaikum..

Pagi2 dalam kereta dengar radio. Bukan apa..nak mengelak ngantuk..zzzz.. Radio station pilihan tak tetap..yang panas..yang ceria..yang berbahasa Melayu atau Inggeris (tak paham kadang2 buat2 paham je..hahaha).

Pagi ni pilih station radio yang ceria..suria fm. Bukan apa sbb pagi ni tetamunya Francisca Peter. Waaa..saya bukan peminat tegar dia..saya tak hafal pun lagu dia..saya tak tau pun lagu2 dia..tapi apa yang menarik saya rasa suara dia dari dulu sampai sekarang MasyaAllah sangat merdu..tiada 'penekanan idgham' yang melampau mcm beberapa artis masa kini.

Dan paling menarik ialah kesopan santunan dia melayan peminat. One of the caller was a teacher. She and the radio presenters pandai memujuk dan cikgu tersebut telah menyanyikan serangkap lagu yang paling beliau minat. Dan yang paling menarik cikgu itu sebenarnya seorang pengetua sekolah!! Hahaha..I like.

Nampaknya aura orang lama bukan senang nak challenge :) but anyway they made my day. 

Happy thursday ;)

Wassalam.

Wednesday, April 23, 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

Assalamualaikum..

Dah lama juga tak join GA.


Senang je..Klik banner labu (labu?!) di atas dan ikut arahan-arahan seperti tertera. 

Jom join!

Wassalam

Tuesday, April 22, 2014

Insomnia

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni susah nak tidur malam. Keluar masuk bilik tak tidur juga. Tengok TV beround-round pun tak tidur juga. Baca buku selang seli baca Al-Quran (bukan statement poyo ye) - memang ada ngantuk sikit..hehe. Tapi kejap je pastu terjaga semula. Aiashh..dah kenapa? Natijahnya.- tersengguk-sengguk di office. Masa taip ni pun macam blur2 je..hewhewhew..ADAKAH INI INSOMNIA? Tuan doktorrr..tolonggg!!

p/s: memang nak kena lelap kejap ni..boss..saya mintak izin ye :p

Wassalam.