Followers

Friday, October 3, 2014

'Mak, cikgu saya seksi!'

Assalamualaikum..

Apa perasaan anda sebagai ibu bila anak balik sekolah mengadu macamtu..sereeemmmm makkk!! Dah kenapa pulak kan? Sebelum ni tak pernah pun. Adakah ini persepsi, salah tanggapan atau memang sebenarnya cikgu dia seksi? tetttttt..

Apa itu 'seksi'? Kelakuan atau pakaian cikgu atau cikgu2 tersebut.

Sedia maklum sekolah ialah salah satu pejabat kerajaan yang semestinya ada kod etika pakaian tertentu. Dari rambut sampai kaki..tak kira lelaki atau perempuan. pernah satu ketika dahulu, heboh di laman sosial penjawat awam wanita dikutuk kerana berpakaian 'menjolok mata'. Apa masalahnya? Diorang pakai baju kurung dan kebaya. OK je kan?! Tapi adakah OK kalau baju kurung dan kebaya tersebut terlalu 'melekat' dan menampakkan susuk badan seseorang. Nampaknya maksiat mata bukan boleh dapat di Facebook saje tapi live depan mata. Tak salah bergaya kan tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman awam..hahaha..owh hilang pahala kawan sebelah tengok tuuttttt dan tteeeeettt kat badan. Wanita tersebut rasa apa ya? Bangga?? hmm..kena fikir semula lah ye.

Samalah di sekolah. Kadang nampak macam fashion show..show-off pun ada jugak (yang ni mesti tak mengaku). Baju terlalu berwarna warni. Murid nampak baju je dari nampak cikgu. Pakai kebaya dan kurung moden jangan cakaplah. Agak2 murid lelaki kita sekarang macam mana? Anak2 kita dah maju.Semua tau malah kadang lebih advance dari mak ayah. Bayangkan kita mengajar di hadapan anak murod tengok kita tak berkelip atas ke bawah..gara-gara baju yang melekat menampakkan lekuk badan tu..owh! Dan jangan tak tahu, ada je cikgu yang pakai skirt atas lutut tau. Ni bukan fitnah, saya pernah nampak..owh lagi!

Kebelakangan ni kaum adam pun jadi hamba fesyen. Ikut trend sekarang baju dan seluar sendap, melekat di tubuh. OK bayangkan anda murid perempuan yang duduk di kerusi meja masing2 di kelas, guru lelaki berseluar ketat nampak 'lekuk' kat tuutttt mengajar berjalan ke hulu ke hilir dalam kelas. owh tak boleh bayang. Takpe. Bayangkan guru tersebut berucap tanpa rostrum di perhimpunan sekolah.

owhhhhh!!!!

Kat belakang nuunnnn, murid perempuan kita dah sokseksoksek ketawa2 malu dengan kawan2.

Dan balik sekolah sampai je rumah 'mak, cikgu saya seksi!'.

Wassalam.