Followers

Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Parenting: Tidurlah anakku sayang

Assalamualaikum..

Tajuk tak hingat kan..hahaha

Tapi penting ni, untuk kesenangan mak-pak jugak.

'Ngatuknya..malam tadi anak tidur lambat..dah jam 12am pun sakan main lagi'..
'Anak saya kejut suruh teman dia tengok tv @1am!!!'..
'Anak saya malam pukul 7pm dah tidur..err esok jam 7am baru bangun'..

Hebat kau anak2 Malaysia!

Kisahnya
1. bagus ke anak tidur lambat?
2. kenapa nak tidur lambat?

Rasional
1. tidur lewat malam, esok pagi susah nak bangun awal.
2. tidur lewat malam, kasi mak-pak 'migrain' plak sbb suruh teman tgk tv bagai.
3. tidur lama sangat, esoknya tak boleh nak ambil nap at noon sebab mlm tadi dah tidur lama sangat (7pm-7am).

Natijah
1. Anak tak cukup tidur..especially yang waktu persekolahan pagi (sekolah betul or sekolah makan tadika).
2. Anak cepat penat, tak bertenaga nak belajar, nak main..tak boleh/kurang fokus di kelas. Tak cergas masa main.
3. Mak-pak 'migrain' jugak sebab tak cukup tidur. Kecenderungan nak marah2 sayang adalah tinggi.
4. Macam2 masalah kecil lain yang akan jadi besar..

Kaedah
1. Buat jadual tidur - anak2 saya semua pergi taska. kalau hari cuti, kat rumah apply masa tidur taska (@noon 2 jam sekurang-kurangnya) selepas lunch. Kalau nak g jalan2 pun, dah bangun tidur baru keluar.
2. Anak yang dah sekolah 1 jam sebelum Zuhur - sunnah tu :)
3. Makan malam awalkan. Jam 6 @ 7 pm makan. Malam minum susu aje. 
4. Tetapkan masa tidur malam. Rumah kami off at 10pm. Hari cuti pun sama.
5. Suasana tidur yang sama dan selesa. Kami tak pasang lampu tidur dan pintu tutup rapat. memang zzzzzz :p
6. Kerjasama semua pihak penting - pak nak tengok bola? sila tidur dulu ye..anak dah tidur baru bangun ok?
7. Eh, umah kami kecik, tidur depan tv - sila off lampu, tv, silent hphone, etc. anak ikut kita, kita tak tidur, jangan harap la dia nak tidur jugak!

**semua di atas adalah cara kami. kaedah masing2 lah kan :D

PALING PENTING
Tiap anak ada 'peel' masing-masing. Mak-pak sila ambil tahu dan bertindak ikut keadaan. Nama pun dah beranak pinak, dah tak sama macam bujang-bujangan dulu ye.

Wassalam.

Friday, March 21, 2014

Hafal lagu

Assalamualaikum..

Payah jugak jadi parent ni rupanya.. anak kena buat persembahan lagu kat tadika, mak2 pun nak kena menghafal..kate cikgu 'bantu anak2 hafal lagu di rumah'..gitu..ape2 la cikgu..layannnnn

Eventnye bulan depan. Hari sukan. Takut mak 'karok ' lebih plak nanti :p

Wassalam.

Wednesday, March 12, 2014

#ww5 World 5th Runner Up "Selfiest Cities"

Assalamualaikum..
Malaysia tersenarai dlm di tempat ke5 'selfiest cities' dalam TIME list top 10. Penyumbangnya ialah orang Petaling Jaya dengan 141 selfie-takers per 100,000. Wahh..Satu pencapaian. Gila bangga..WTFish -sumber yahoo.com
Gua pun selfie jgk..kau hado?
Wassalam.

Tuesday, March 11, 2014

Birthday celebration

Assalamualaikum..

Dah 3 tahun darling mama. Moga jadi anak yang solehah, baik akhlak, taat Allah-mamapapa-guru, usia yang bermanfaat dan sihat hendaknya. Amin..

'Kakak nak kek hello kitty'. Ceritanya nk order kat kawan mama..sekali kawan mama tu tak dapat nak buatkan..padan muka mama sbb order last minute.  Jadinye terpaksa lah guna 'kreativiti karat'..kreatiflah sangat..

Happy 3rd birthday sayam!!


Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Anak saudara baharu

Assalamualaikum..

Jumaat lepas dapat anak saudara baharu..yeay! Baru yang ke-3...pheeww!

Congrats to both abah and mummy. Sebenarnya dah buat lawatan tapak sabtu lepas. Sambil2 melepak dan bercanda. hehehe

Baby 'anak jepun' yang comel belum ada nama. Seems like his abah want to make a contest to name his baby. hahaha

Tp hr ke 4 demam pula baby jepun tu..jarang juga baby kecil mcmtu demam kan..sbb jerebu ke..dh masuk ward plak..doktor pun tak berani buat apa2. Pantau je. Mudah-mudahan xde masalah dan cepat sembuh. Sian mummy sedih :(

------------------------------------------------------------------------------------------------

Update:

1. Khabarnya baby dah sihat..esok dh boleh discharge..yeay!

2. Dah pun dapat nama: Muhammad ***** Raees. Dulu kami ada bapa saudara bernama 'Rais'. Mungkin sempena nama beliau cuma ejaan dimamakkan dimodenkan. Tapi saya suka. Makna nama baby Raees tu saya belum tahu. Nantilah update :p

Wassalam.


Wednesday, March 5, 2014

ww #4 Happy 3rd Birthday!

Assalamualaikum..

Happy 3rd Birthday Honey Boo Boo :)


Old pic


Thursday, February 27, 2014

Parenting: Shouting!

Assalamualaikum..

Anak2 bila happy atau sedih, dia akan express it in many ways. Salah satu JERIT!!

Bingit kan..kena plak yang suara memang nyaring..huh!

Macammana nak kawal?
Jangan sekat sangat! 'Jangan jerit! Bising!'..big NO. 

Biarlah dia jerit, cuma:
  1. Kita mesti -- SABAR byk2 ye tuan/puan..mengucap panjang ke pendek ke..ikutlah..bwk bertenang ye. Kita tenang baru lah cari jalan nak handle anak2..betul kan?
  2. Kita pun elakkan selalu express perasaan dengan jeritan. Anak tengok kita tu mak!

Kami cuba pendekatan ni:
  1. Bagitau bila boleh jerit. Bagi masa dan ruang. Contoh: jerit waktu petang je pukul 5 kat padang permainan.
  2. Jangan lupa bagi minum air takut sakit tekak..hehe
  3. Dengar je dia jerit, pegi kat dia dan balas ckp dia dengan bisikan. Mmg kena buat byk kali ni kalau nk sukses. Anak kami, berjaya. Tapi 2-3 hari pastu buat balik..hahaha
  4. Pujian kalau tak menjerit. Bodek sikit je mama. Anak senyum, kita laaaagiiii senyum :)

Eh, kalau dia jerit2 means menangis2 kat mall?
  1. biarkan aje..Jarakkan diri sikit dari anak (utk elakkan rasa malu melampau..haha). Dia dah ok boleh slow talk.
  2. Dukung bawak masuk kereta kejap. Biar dia senyap sendiri kendian baru 'basuh'.
  3. 'Kasi ingat' awal2 lagi di rumah. Cth: Kalau anak tak jerit2 dekat mall, sebelum balik boleh dapat hadiah atau buku. Tp jangan sesekali mungkir janji ye :)
Kadang2 anak2 ni memang saja menduga tahap kesabaran kita. Teringat kata Dr Rozieta Shaari - sabar tapi mesti tegas.

Tengok mudah kan jadi mak bapak? HAHAHAHA..Good luck people!

Wassalam.

Wednesday, February 26, 2014

Social Network yang menyedihkan!

Assalamualaikum..

KATAKANLAH, anak uols bersekolah di sekolah yg sama dgn parent dia yg merupakan seorang guru.

Best kan? Best lah..lagi2 kalau Tahun 1..nak makan boleh cari mak/ayah, nak beli buku mak/ayah belikan..nk g tandas pun boleh cari mak/ayah temankan..tahun 1 la..tahun 6 nak buat gitu penyepak dapat..haha

Pastu waktu tghari takde la nak terkocoh2 g transit or balik rumah untuk get ready pergi sekolah agama pulak (kalau ada lah..). Lepak2 je kat sekolah, mkn kt kantin pastu mak/ayah antar g sekolah agama pulak. Hati mak/ayah plak mmg lapang..sebab takde la nk pikir macam2 pasal anak dia dr segi pengurusan diri dan makan minum in between waktu persekolahan tu..maklumlah anak depan mata.

Mak/ayah takde risau sgt dengan guru2 anak sbb semua tu kwn2 dia..mudah nk tau perkembangan anak..direct je tanya kawan2.

Nampak tak bestnya jadi cikgu? menyesal tak sbb tak jadi cikgu? hahaha

Ok, tu positive sides. Fine.

Bad side!

KATAKANLAH, anak uols penat sangat haritu, sampai tertidur dalam kelas. Sian kan anak2 kita..sibuk sgt, byk sangat nak buat sampai letih sebelum menjelang tengahari. Biasanya murid tahun 1 guru biarkan dulu kalau murid tidur ni. Sesekali takpe..kalau byk kali we expect guru will inform us and kita akan buat sesuatu berkenaan tu. Ah, ok takpe.

KATAKANLAH, anak uols bergaduh kecil dengan kawan kelas, biasa rebut2 barang or gurau secara kasar sikit, kawan tercedera. Guru terpaksa inform parent murid yg cedera. Takpe jgk, sbb parent yang bertanggungjawab (cewahh) pun akan ambil action yg sama. Contact parent kawan anak utk minta maaf dan nasihatkan anak sendiri.

Yang TAK SEDAPnya, cikgu snap picture dan share dalam rangkaian Social dia..cth paling best sekarang Whatsapp lah..they making fun with the picture and the situation, blah..blah..blah..dan YOU (mak/ayah guru sekolah tu jugak ni) tak ada pun dalam group Social Network tu!!

Pathetic!

Yes, anak uols nakal..murid lain baik tapi adil ke bila:

1. semua guru tahu kelakuan dia melalui rangkaian sosial dan kemungkinan anak uols disisihkan di kelas sebab telah dicap sebagai nakal.

2. uols sebagai guru dan 'kawan pejabat' diperkotak katikkan sedemikian rupa. Mungkin uols tak terasa. Mungkin. Tapi jangan letakkan diri uols as 'kawan pejabat' yang boleh terima gurauan tapi letakkan diri sebagai 'mak/ayah murid'. Ok now, how do you feel?

Note: ini entry takde kena mengena dengan sesiapa!

Wassalam.