Followers

Showing posts with label meroyan. Show all posts
Showing posts with label meroyan. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Insomnia

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni susah nak tidur malam. Keluar masuk bilik tak tidur juga. Tengok TV beround-round pun tak tidur juga. Baca buku selang seli baca Al-Quran (bukan statement poyo ye) - memang ada ngantuk sikit..hehe. Tapi kejap je pastu terjaga semula. Aiashh..dah kenapa? Natijahnya.- tersengguk-sengguk di office. Masa taip ni pun macam blur2 je..hewhewhew..ADAKAH INI INSOMNIA? Tuan doktorrr..tolonggg!!

p/s: memang nak kena lelap kejap ni..boss..saya mintak izin ye :p

Wassalam.

Tuesday, April 15, 2014

CNN - 'Cartoon' Network News

Assalamualaikum..

Dulu2 masa kecil tengok TV tempatan je..tu pun kalau tengok lah..sebab selalu balik sekolah dah chow pegi main..haha..Bila meningkat dewasa adalah tengok berita kat TV..sebelum ni hagham! memang kami adik beradik tak tengok TV sangat sebab tak dibiasakan. Arwah abah je slalu dapat pegang remote TV ni..tu pun memang tgk berita  dan wrestling saje lah!

Tapi dalam pada 'kejahilan media' tu ntah mane datang idea, kalau kawan-kawan yang kepoh, kite panggil dia CNN. Jaja cerita sini sana, tak pandai simpan rahsia sikit pun..haaa CNN lah tu!


Sekarang, CNN diketahui terkenal. Sentiasa update berita terkini. Tapi kadang-kadang macam propa je. Paling tak tahan bila Kuala Lumpur tu dalam Indonesia. Menangis orang keje Google gamaknye..letih diorang keje siang-malam-pagi-petang buat Google Map..haha..APTB

Ni semalam CNN 'beritakan' signal telefon co-pilot MH370 dikesan di Pulau Pinang pada hari kejadian. Kalau iye dapat membantu pencarian #MH370 baguslah..TAPI, mana lah tau kan kalau CNN buat ralat pulak lepas ni, "..phone signal detected.. from Pulau Pinang, Australia...". Macam mana kita nak terima ini secara rasional sedangkan:

1. kalau naik kapal terbang, semua mobile phone diletakkan dalam keadaan 'flight mode' atau off. kalau berlaku 'kekalutan', sempat ke nak tgk mobile phone bagai..co-pilot sah2 la busy..wallahualam.
2. takkan kerajaan Malaysia tak tau information ni dari awal lagi.
3. 'fitnah' CNN terhadap keluarga pilot MH370 belum terampun..huhu.

Betul-betul macam 'cartoon'!

Wassalam.

Tuesday, April 8, 2014

Lengan panjang atau pendek?

Assalamualaikum..

Masa blogwalking nampak entry ni :)


 kredit: blog Zam
Kredit: blog Zam :)
Ya, pendapat masing-masing.

Tapi dari sini saya ada persoalan lain.

1. Kenapa beli kemeja panjang kalau suka lipat lengan. Kang bagus beli lengan pendek sahaja?

2. Suami..eh, suami saya (i knew you read my blog) haha..anda meletakkan diri anda dalam golongan yang mana? Lelaki bujang atau lelaki yang sudah berkahwin?

Soalan tu!

Wassalam :)


Tuesday, March 18, 2014

Tak bolleh follow!

Assalamualaikum..

Kenapa ek saya nk follow kawan  tak boleh? huhuhu

Bila saya click...



...dia akan kluar error.

.
.
.
.
.

ooo..ko tak bagi aku tambah kawan ye. 


xpe, xpe, Google+ kan hado ;)



Tapi kawan2 yang tau tolong bg tunjuk ajar ye. 

Tension ni.

Wassalam.

Monday, March 17, 2014

Marah sangat!!

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa marah sampai dada ni rasa nak pecah?

Huh..soalan!

Wassalam.

Wednesday, March 12, 2014

#ww5 World 5th Runner Up "Selfiest Cities"

Assalamualaikum..
Malaysia tersenarai dlm di tempat ke5 'selfiest cities' dalam TIME list top 10. Penyumbangnya ialah orang Petaling Jaya dengan 141 selfie-takers per 100,000. Wahh..Satu pencapaian. Gila bangga..WTFish -sumber yahoo.com
Gua pun selfie jgk..kau hado?
Wassalam.

Friday, March 7, 2014

Menang cabutan bertuah

Assalamualaikum. .

Haritu participate dlm GA puanintanberlian ni..bertuah sgt la hrtu dpt cabutan bertuah.

Hajat besau nk dpt jubah cantik dari penaja. Hahaha..rezeki org lain la tu. Syukur Alhamdulillah dapat shawl yg cantik ni.

Kami ni ada penyakit..kalau buat baju kurung baharu mesti nk tudung baharu jugak. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang lah ni. Harap match lah dgn baju tu.

Terima kasih daun keladi puanintanberlian ;)

Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Tips beli kereta

Assalamualaikum..

Macam2 nk kena tgk kalau nk beli kereta.

1. Golongan marhaen cm kami ni beli kereta ikut bajet bulanan, harga kereta dan keperluan.

2. Paling penting tgk kereta tu ada lampu signal tak. Iye la signal gunanya untuk bgtau kalau kita nk tukar lane, or nk masuk simpang. Nak ke kiri ke atau ke kanan. Kalau beli kereta mahal tp takde signal RUGI! 1 rugi duit..1 lg rugi sbb kena kutuk berbakul-bakul!

Wassalam.

Tuesday, March 4, 2014

Contraflow Lane

Assalamualaikum..

Tak faham.

Apa guna Contraflow Lane kalau menyebabkan jalan makin sesak.

Salah pengguna lebuh raya kah?

Salah sistem 'pengcontra'nya kah?

Salah orang highway kah?

Atau tak ada apa pun yang salah..memang saje2 je jammed.

Yang hairan tu both flow jammed.
....................................................

Oh, nasib la duduk area kl/selangor..taknak jammed duduk la kampung..ye x? :p

Friday, February 28, 2014

Catuan Air di Lembah Klang

Assalamualaikum..

Gelabah la catu-catu air ni. Haritu hujan hari2 bising..ni panas berdenting tiap hari pun bising..apa nak buat..nasib badan..

Kelmarin dapat info ada buat Solat Istisqa (Solat Minta Hujan) anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam. Semalam 27 Feb jam 9am. Jgn uols pegi harini plak..boleh jgk..p solat Jumaat..hehehe Tak dapat nak sama2 lah..tuntutan tugas (lah sangat...).

Moga dengan keikhlasan permintaan hamba2Mu yang kerdil ini, perkenankanlah ya Allah..amin.

Pesta beli tong air :)
Scene atas tu kat Pasar Borong Seri Kembangan. Macam2 jenis tong pun dah keluar la ni. Pilih je dan bayar. Tong air 22 gallon RM45 kooo..haa hambik. Tergadai harta benda beli 2 buah. 1 utk tingkat atas. 1 utk tingkat bawah.

Good luck to us!

Wassalam.

Wednesday, February 26, 2014

Social Network yang menyedihkan!

Assalamualaikum..

KATAKANLAH, anak uols bersekolah di sekolah yg sama dgn parent dia yg merupakan seorang guru.

Best kan? Best lah..lagi2 kalau Tahun 1..nak makan boleh cari mak/ayah, nak beli buku mak/ayah belikan..nk g tandas pun boleh cari mak/ayah temankan..tahun 1 la..tahun 6 nak buat gitu penyepak dapat..haha

Pastu waktu tghari takde la nak terkocoh2 g transit or balik rumah untuk get ready pergi sekolah agama pulak (kalau ada lah..). Lepak2 je kat sekolah, mkn kt kantin pastu mak/ayah antar g sekolah agama pulak. Hati mak/ayah plak mmg lapang..sebab takde la nk pikir macam2 pasal anak dia dr segi pengurusan diri dan makan minum in between waktu persekolahan tu..maklumlah anak depan mata.

Mak/ayah takde risau sgt dengan guru2 anak sbb semua tu kwn2 dia..mudah nk tau perkembangan anak..direct je tanya kawan2.

Nampak tak bestnya jadi cikgu? menyesal tak sbb tak jadi cikgu? hahaha

Ok, tu positive sides. Fine.

Bad side!

KATAKANLAH, anak uols penat sangat haritu, sampai tertidur dalam kelas. Sian kan anak2 kita..sibuk sgt, byk sangat nak buat sampai letih sebelum menjelang tengahari. Biasanya murid tahun 1 guru biarkan dulu kalau murid tidur ni. Sesekali takpe..kalau byk kali we expect guru will inform us and kita akan buat sesuatu berkenaan tu. Ah, ok takpe.

KATAKANLAH, anak uols bergaduh kecil dengan kawan kelas, biasa rebut2 barang or gurau secara kasar sikit, kawan tercedera. Guru terpaksa inform parent murid yg cedera. Takpe jgk, sbb parent yang bertanggungjawab (cewahh) pun akan ambil action yg sama. Contact parent kawan anak utk minta maaf dan nasihatkan anak sendiri.

Yang TAK SEDAPnya, cikgu snap picture dan share dalam rangkaian Social dia..cth paling best sekarang Whatsapp lah..they making fun with the picture and the situation, blah..blah..blah..dan YOU (mak/ayah guru sekolah tu jugak ni) tak ada pun dalam group Social Network tu!!

Pathetic!

Yes, anak uols nakal..murid lain baik tapi adil ke bila:

1. semua guru tahu kelakuan dia melalui rangkaian sosial dan kemungkinan anak uols disisihkan di kelas sebab telah dicap sebagai nakal.

2. uols sebagai guru dan 'kawan pejabat' diperkotak katikkan sedemikian rupa. Mungkin uols tak terasa. Mungkin. Tapi jangan letakkan diri uols as 'kawan pejabat' yang boleh terima gurauan tapi letakkan diri sebagai 'mak/ayah murid'. Ok now, how do you feel?

Note: ini entry takde kena mengena dengan sesiapa!

Wassalam.