Followers

Friday, February 28, 2014

Catuan Air di Lembah Klang

Assalamualaikum..

Gelabah la catu-catu air ni. Haritu hujan hari2 bising..ni panas berdenting tiap hari pun bising..apa nak buat..nasib badan..

Kelmarin dapat info ada buat Solat Istisqa (Solat Minta Hujan) anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam. Semalam 27 Feb jam 9am. Jgn uols pegi harini plak..boleh jgk..p solat Jumaat..hehehe Tak dapat nak sama2 lah..tuntutan tugas (lah sangat...).

Moga dengan keikhlasan permintaan hamba2Mu yang kerdil ini, perkenankanlah ya Allah..amin.

Pesta beli tong air :)
Scene atas tu kat Pasar Borong Seri Kembangan. Macam2 jenis tong pun dah keluar la ni. Pilih je dan bayar. Tong air 22 gallon RM45 kooo..haa hambik. Tergadai harta benda beli 2 buah. 1 utk tingkat atas. 1 utk tingkat bawah.

Good luck to us!

Wassalam.

Thursday, February 27, 2014

Parenting: Shouting!

Assalamualaikum..

Anak2 bila happy atau sedih, dia akan express it in many ways. Salah satu JERIT!!

Bingit kan..kena plak yang suara memang nyaring..huh!

Macammana nak kawal?
Jangan sekat sangat! 'Jangan jerit! Bising!'..big NO. 

Biarlah dia jerit, cuma:
  1. Kita mesti -- SABAR byk2 ye tuan/puan..mengucap panjang ke pendek ke..ikutlah..bwk bertenang ye. Kita tenang baru lah cari jalan nak handle anak2..betul kan?
  2. Kita pun elakkan selalu express perasaan dengan jeritan. Anak tengok kita tu mak!

Kami cuba pendekatan ni:
  1. Bagitau bila boleh jerit. Bagi masa dan ruang. Contoh: jerit waktu petang je pukul 5 kat padang permainan.
  2. Jangan lupa bagi minum air takut sakit tekak..hehe
  3. Dengar je dia jerit, pegi kat dia dan balas ckp dia dengan bisikan. Mmg kena buat byk kali ni kalau nk sukses. Anak kami, berjaya. Tapi 2-3 hari pastu buat balik..hahaha
  4. Pujian kalau tak menjerit. Bodek sikit je mama. Anak senyum, kita laaaagiiii senyum :)

Eh, kalau dia jerit2 means menangis2 kat mall?
  1. biarkan aje..Jarakkan diri sikit dari anak (utk elakkan rasa malu melampau..haha). Dia dah ok boleh slow talk.
  2. Dukung bawak masuk kereta kejap. Biar dia senyap sendiri kendian baru 'basuh'.
  3. 'Kasi ingat' awal2 lagi di rumah. Cth: Kalau anak tak jerit2 dekat mall, sebelum balik boleh dapat hadiah atau buku. Tp jangan sesekali mungkir janji ye :)
Kadang2 anak2 ni memang saja menduga tahap kesabaran kita. Teringat kata Dr Rozieta Shaari - sabar tapi mesti tegas.

Tengok mudah kan jadi mak bapak? HAHAHAHA..Good luck people!

Wassalam.

Wednesday, February 26, 2014

Social Network yang menyedihkan!

Assalamualaikum..

KATAKANLAH, anak uols bersekolah di sekolah yg sama dgn parent dia yg merupakan seorang guru.

Best kan? Best lah..lagi2 kalau Tahun 1..nak makan boleh cari mak/ayah, nak beli buku mak/ayah belikan..nk g tandas pun boleh cari mak/ayah temankan..tahun 1 la..tahun 6 nak buat gitu penyepak dapat..haha

Pastu waktu tghari takde la nak terkocoh2 g transit or balik rumah untuk get ready pergi sekolah agama pulak (kalau ada lah..). Lepak2 je kat sekolah, mkn kt kantin pastu mak/ayah antar g sekolah agama pulak. Hati mak/ayah plak mmg lapang..sebab takde la nk pikir macam2 pasal anak dia dr segi pengurusan diri dan makan minum in between waktu persekolahan tu..maklumlah anak depan mata.

Mak/ayah takde risau sgt dengan guru2 anak sbb semua tu kwn2 dia..mudah nk tau perkembangan anak..direct je tanya kawan2.

Nampak tak bestnya jadi cikgu? menyesal tak sbb tak jadi cikgu? hahaha

Ok, tu positive sides. Fine.

Bad side!

KATAKANLAH, anak uols penat sangat haritu, sampai tertidur dalam kelas. Sian kan anak2 kita..sibuk sgt, byk sangat nak buat sampai letih sebelum menjelang tengahari. Biasanya murid tahun 1 guru biarkan dulu kalau murid tidur ni. Sesekali takpe..kalau byk kali we expect guru will inform us and kita akan buat sesuatu berkenaan tu. Ah, ok takpe.

KATAKANLAH, anak uols bergaduh kecil dengan kawan kelas, biasa rebut2 barang or gurau secara kasar sikit, kawan tercedera. Guru terpaksa inform parent murid yg cedera. Takpe jgk, sbb parent yang bertanggungjawab (cewahh) pun akan ambil action yg sama. Contact parent kawan anak utk minta maaf dan nasihatkan anak sendiri.

Yang TAK SEDAPnya, cikgu snap picture dan share dalam rangkaian Social dia..cth paling best sekarang Whatsapp lah..they making fun with the picture and the situation, blah..blah..blah..dan YOU (mak/ayah guru sekolah tu jugak ni) tak ada pun dalam group Social Network tu!!

Pathetic!

Yes, anak uols nakal..murid lain baik tapi adil ke bila:

1. semua guru tahu kelakuan dia melalui rangkaian sosial dan kemungkinan anak uols disisihkan di kelas sebab telah dicap sebagai nakal.

2. uols sebagai guru dan 'kawan pejabat' diperkotak katikkan sedemikian rupa. Mungkin uols tak terasa. Mungkin. Tapi jangan letakkan diri uols as 'kawan pejabat' yang boleh terima gurauan tapi letakkan diri sebagai 'mak/ayah murid'. Ok now, how do you feel?

Note: ini entry takde kena mengena dengan sesiapa!

Wassalam.

Monday, February 24, 2014

Assalamualaikum..

Aaaa..nampak M besar kat atas tu. 

Siap background merah kot.

Bukan McD ye..bukan!

Tanda M hari Isnin..

Penyakit yang tiada ubat.

Elakkan sebelum terkana.

SEKIAN.

Wednesday, February 19, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Jalan-Jalan: Artsphere 20/8ty @ The Atmosphere

Assalamualaikum..

Last weekend, kami berkesempatan (lah sangat...) pegi The Atmosphere, Seri Kembangan. Depan rumah je kot tapi ni baru dapat pegi..hehe
haish budak kenit nih!

The Atmosphere?
Kind of soho mall @ shop lots. Baru siap tapi tengok macam tak banyak je kedai bukak. We all kutuk2 berbakul, i.e. buat bangunan yang membazir sbb tak pakai, sewa mahal nak mampus sbb tu tak de orang nak sewa..haha. But rupanya, they have here an awesome 3D street art mural, organized by Artsphere 20/8ty, The Atmosphere dan Selangor Tourism. Launched in December 2013.
 Lagi?
Seangkatan dengannya..ada contest "Strike a Pose Photo Contest" untuk semua pengunjung. Ambil gambar dengan mural art yang korang suka kendian upload kat FB page diorang. Hadiah hingga RM15,000 tau! Btw, ended on 16th February, 2014 : p 2 categories; Most Liked Photo (public voting la..FB kan..) dan Creative Photo.

Location?
Set GPS kepada the Atmosphere, Seri Kembangan. Cari Giant Seri Kembangan pun boleh sebab opposite je.

Admission?
Eh, bila2 boleh pegi. Paling penting free..haha. Tempat ni luas..kami sempat pergi 2 bahagian aje. Tak larat la nak bawak askar2 yang cergas tu. Lagipun sekarang panas gile (dulu kat amerika x macam ni :p)

Additional

  1. Walaupun mural ni bertaburan serata alam tapi mudah nak explore. They got floor map and pak guards..hehe. Ada 1 mural ada tali..sah2 kanak2 aktif akan bergayut kat situ..x pasal2 kena 'prriiiiittttt' dengan wisel pak guard. So mama avoid anak2 mama pegi mural tu..kalo tak, malu di situ..haha
  2. Kalau bawa stroller ke takde masalah sebab ada escalator dan lift. Vehicles can be parked outside and inside (mall kan..)
  3. Got toilet every level - penting ni especially bawa kanak-kanak. Plus the toilet itself pun ade mural kt luar.
  4. Ada cafe kat bahagian atas utk sesape nak feeling2 amerika. Kalo nak feeling2 malaysia sila pegi restoran nasi kandar kt the other section of the Atmosphere..hehe


The Murals : )




Ni antara yang ada. Nak tgk lagi, sila lah pegi. At least ada 80 3D murals.
And last but not least,




 Over kan? Wassalam :)




Friday, February 14, 2014

Ariana Rose

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi..YESSSS!!

Esok cuti..tapi esok ada mesyuarat PIBG kena attend..haha

Semangat! Semangat! Semangat!

Semalam tengok la kengkononnye episod akhir drama ARIANA ROSE kat TV3. Episod yang sebelum ni tengok tapi gitu2 je lah..Tengok sbb:

1. ada Keith Foo - dia org n9 tau..gedik kau!
2. episod akhir kan..feel dia lain sikit.
3. kang kwn2 citer melopong plak tau tau ujung pangkal - be informative..haha

Kebetulan balik dari ofis semalam, singgah Giant, gigih siap beli popcorn..nk tgk tv katenye. Semangat tak semangat :p Suhail ingat mama beli popcorn, dia boleh makan sambil tgk movie..tapi hampa. Aktiviti tgk movie dan makan popcorn biasa kami buat hari cuti sekolah. Semalam khamis, bukan cuti sekolah, so bye2 ye angan2. Jadinya semalam dapat mkn popcorn je tp tgk Ariana Rose. Kejam tak mak dia?

Rumusan:
Episod akhir - failed. Banyak scene membazir duit sbb shooting sampai oversea tp mengarut2..merajuk sini..merajuk sana..dah siap solat maghrib pun tak abis2 merajuknya..ishhh. Tapi cameo by the Wedding Breaker writer Evelyn Rose saya suka.

Secara keseluruhan, harap lepas ni tayanglah drama yang lebih baik. Org kena rogol, kawin dengan perogolnya pulak..hmmm macam sakit hati je tengok.

Tunggu next drama pulak. Apa ya?

Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

Parenting: Beg mu, beg mu jua..

Assalamualaikum..

Kenapa beg?

Bayangkan ada 4 org anak. Sorang dah tahun 1 – ada 3 beg (sek pagi, transit, sek ptg/agama), sorang tadika – ada 2 beg (sek dan day care), 2 org lagi pegi taska.7 BEG YOUUU!!

Handbag mama lagi. Tu belum masuk ada singgah Giant ke beli barang-barang sebelum ambil anak2 di taska utk balik rumah. Oh bags!

Misi?
Latih anak-anak ‘kendali’ beg sendiri,

Masa bila?
Waktu pergi dan balik taska/sekolah.
Pergi/balik dari jalan-jalan.

Rasional
Ajar anak bertanggungjawab dengan ‘harta’ sendiri.
Ajar anak untuk mudahkan kerja mama-papa.. with little helper, we happier :D

Method?
1. Beg
*Belikan beg yang menarik minat. Suhail suka Angry Birds, Syakir suka Lightning McQueen, Safiya suka Hello Kitty, adik Syahmi suka ape? – ape2aje lah adik

2. Belongs to:
*         Kenalkan beg siapa punya ni? Untuk budak2 kenit, boleh pegang selalu. Kt rumah main pun boleh pakai beg. Jangan koyak sudah..nnt mama jadi HULK!

3. Letakkan nama pada beg
*         Anak2 proud sbb beg tu ade name dia. Dia rasa ‘hebat’ – bak kata Syakir.
*         Sebagai salah satu latihan bacaan utk anak2 yg dah pegi sekolah.
o        Macam Syakir 5 tahun, x pandai baca lagi. But he memorized the word/s.
Syakir   :           Mama, ni beg Syakir.
Mama   :           Mana Syakir tau. Sama je ngan beg kawan. Cuba check dulu.
Syakir   :           Ye lah..ni beg Syakir.
Mama   :           Mana Syakir tau.
Syakir   :           Nilah nama Syakir..SYAKIR..Syakir nampak.

o        Makanya, boleh apply juga pada ‘harta2 AhmadAlbab’ yg lain – kasut sekolah, pakaian and stationaries. So far, Syakir dapat Mumtaz..dia cermat dan kemas. Barang tak pernah hilang (pencil, etc.). Suhail jayyid jiddan utk buku n brg2 besar..jayyid utk benda2 kecil..sbb mama letak nama tp die pegi buang..ade ke patut..huhu
4. Tempat beg
*         Bagitau kat mana patut letak beg.
o        Rak beg untuk beg sahaja. At our home, bilik ‘bibik’ tempat letak beg. Dah siap 1 rak utk bags.
o        Balik dari taska sebelum turun kereta mesti ambil beg MASING-MASING dan bawa masuk rumah. Keep telling them mana nak letak. In our case, letak kat dapur, tepi mesin basuh. Nanti senang mama nak kemas bekas bekal makan dan keluarkan baju2 kotor utk basuh..hehe.

Dan malam itu…

Mama   :           Aik, ni beg siapa kt tengah2 pintu ni? Knapa tak letak tempat beg?
Suhail   :           Bukan Suhail punyaa (jerit dari celah2 mainan)
Syakir   :           Syakir tengok macam bukan Syakir punye je.
Mama   :           Abis sapa punye? Grrrr..
Syakir   :           Ni Syakir nampak takde nama Syakir. Tp dalam ni ade botol air dengan buku.
Suhail   :           Buku apa Syakir. Meh Suhail baca. Sebenarnya saya isteri dia..cuba mama tengok pulak.
Mama   :           Eh, mmg macam mama punye lah..hehe..sorry :D


K, bhai.

Wednesday, February 12, 2014

Tuesday, February 11, 2014

Touched!



Assalamualaikum..

Adorable: Gao Qianbo spends every day by his mother's bedside helping her eat and making her laugh

Baju pink tu mama dia, Zhang Rongxiang. Baju belang tu dia la, Gao Qianbo, 2 tahun. Comel kan :)

Masa mama dia pregnantkan dia, berlaku kemalangan dan mama dia koma..Kuasa Allah SWT Qianbo dlm rahim selamat. Papa dia jaga mereka sampai cukup masa untuk melahirkan (Cesarean off course..). Papa dia sentiasa letak dia sebelah mak dia. Kuasa Allah SWT mama dia bangun dari koma..mungkin sbb dengar dan boleh rasa sentuhan dia.

But anyway mama dia paralyzed. Dia selalu di sisi mama dia. Mama dia tak boleh makan macam-macam. Ada sesetengah makanan keras, dia bantu mama makan.

Struggle for survival: The family has survived mainly on government subsistence with some support from relatives and friends
Dia kunyah2kan untuk mama..
Helping out: To doctors' astonishment, she miraculously awoke to the sound of Gao's little voice in May this year
Dia suap mama makan..


























Ok, I'm touched! K, bye.

Thursday, February 6, 2014

Facebook 10 Tahun!!!

Assalamualaikum..

Eh, Facebook dah 10 tahun?! Rasa macam baru je 'gile' Facebook. 10 tahun..dah darjah 4 kot..hehe.

BTW, Facebook sambut birthday tp bg users hadiah pulak. Yang video slide tu ler..gile bodoh aku sampai skang x tau buat :p apepuntakboleh..

Facebook banyak baik buruknya..Bergantung pada niatlah..kalau guna Facebook untuk tujuan baik, baiklah jadinya and vice versa. Macam2 peel org kat Facebook. Pada saya elok bersederhana ajelah buat sesuatu tu. Kalo sampai dlm jambanss pun update status apekehal? heh..suke ati die lah ye x?

Agak-agaknye, di mana Facebook lagi 10 tahun. Zaman anak-anak saya esok ade lagi ke Facebook? Masih relevan tak agaknye? Hmm tungguuu.

Apa pun, to Facebook dearie,


Wassalam.

Tuesday, February 4, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum..
Ha ni nmpk ni kt page msredcheesecake. Join jugak lah..hehe

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Bestnye kalau menang :p

World Hijab Day

Assalamualaikum..

Tak tahu pun pasal World Hijab Day. Hari ni baru tau.

World Hijab Day disambut (ye ke) pada 1 Februari. Gerakan ini telah diasaskan oleh Saudari Nazma Khan dari NYC. Beliau ni asal dr Bangladesh, berhijrah ke US sejak berusia 11 tahun. Nak jadi ceritanya, masa beliau menetap kat The Bronx, New York macam2 gelaran die dapat sbb berHIJAB. Lagi hebat selepas tragedi 9/11. Dan tercetuslah idea beliau utk share experience berhijab dengan bukan muslim. Niatnya 1, supaya mereka ni rasa apa perasaannya berhijab. Semua bole rujuk di laman web ni:

http://worldhijabday.com
BTW, World Hijab Day ni baru mula tahun lepas. Sambutan sangatlah menggalakkan..glad to hear that :) Jadi tahun 2014 ni tahun ke-2 dengan letakan sasaran sebanyak 1 juta penyertaan.

Tercapai kah?

Kalo nk donate pun boleh..nk support pun boleh..nk war-war pun sangatlah boleh..pahala la tu..inshaAllah.

Moga berjaya :)

"Walk a Day in My Shoes"

Wassalam.

Monday, February 3, 2014

Cuti, cuti dan cuti..

Assalamualaikum..

Meriah cuti. Harini jalan 'kureng' kereta. Sangat pelik bila area The Mines lengang..hihi

Selamat Tahun Baharu Cina!!

p/s: Mood cuti. Entry pun cuti ; )