Followers

Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Parenting: Tidurlah anakku sayang

Assalamualaikum..

Tajuk tak hingat kan..hahaha

Tapi penting ni, untuk kesenangan mak-pak jugak.

'Ngatuknya..malam tadi anak tidur lambat..dah jam 12am pun sakan main lagi'..
'Anak saya kejut suruh teman dia tengok tv @1am!!!'..
'Anak saya malam pukul 7pm dah tidur..err esok jam 7am baru bangun'..

Hebat kau anak2 Malaysia!

Kisahnya
1. bagus ke anak tidur lambat?
2. kenapa nak tidur lambat?

Rasional
1. tidur lewat malam, esok pagi susah nak bangun awal.
2. tidur lewat malam, kasi mak-pak 'migrain' plak sbb suruh teman tgk tv bagai.
3. tidur lama sangat, esoknya tak boleh nak ambil nap at noon sebab mlm tadi dah tidur lama sangat (7pm-7am).

Natijah
1. Anak tak cukup tidur..especially yang waktu persekolahan pagi (sekolah betul or sekolah makan tadika).
2. Anak cepat penat, tak bertenaga nak belajar, nak main..tak boleh/kurang fokus di kelas. Tak cergas masa main.
3. Mak-pak 'migrain' jugak sebab tak cukup tidur. Kecenderungan nak marah2 sayang adalah tinggi.
4. Macam2 masalah kecil lain yang akan jadi besar..

Kaedah
1. Buat jadual tidur - anak2 saya semua pergi taska. kalau hari cuti, kat rumah apply masa tidur taska (@noon 2 jam sekurang-kurangnya) selepas lunch. Kalau nak g jalan2 pun, dah bangun tidur baru keluar.
2. Anak yang dah sekolah 1 jam sebelum Zuhur - sunnah tu :)
3. Makan malam awalkan. Jam 6 @ 7 pm makan. Malam minum susu aje. 
4. Tetapkan masa tidur malam. Rumah kami off at 10pm. Hari cuti pun sama.
5. Suasana tidur yang sama dan selesa. Kami tak pasang lampu tidur dan pintu tutup rapat. memang zzzzzz :p
6. Kerjasama semua pihak penting - pak nak tengok bola? sila tidur dulu ye..anak dah tidur baru bangun ok?
7. Eh, umah kami kecik, tidur depan tv - sila off lampu, tv, silent hphone, etc. anak ikut kita, kita tak tidur, jangan harap la dia nak tidur jugak!

**semua di atas adalah cara kami. kaedah masing2 lah kan :D

PALING PENTING
Tiap anak ada 'peel' masing-masing. Mak-pak sila ambil tahu dan bertindak ikut keadaan. Nama pun dah beranak pinak, dah tak sama macam bujang-bujangan dulu ye.

Wassalam.

Thursday, February 27, 2014

Parenting: Shouting!

Assalamualaikum..

Anak2 bila happy atau sedih, dia akan express it in many ways. Salah satu JERIT!!

Bingit kan..kena plak yang suara memang nyaring..huh!

Macammana nak kawal?
Jangan sekat sangat! 'Jangan jerit! Bising!'..big NO. 

Biarlah dia jerit, cuma:
  1. Kita mesti -- SABAR byk2 ye tuan/puan..mengucap panjang ke pendek ke..ikutlah..bwk bertenang ye. Kita tenang baru lah cari jalan nak handle anak2..betul kan?
  2. Kita pun elakkan selalu express perasaan dengan jeritan. Anak tengok kita tu mak!

Kami cuba pendekatan ni:
  1. Bagitau bila boleh jerit. Bagi masa dan ruang. Contoh: jerit waktu petang je pukul 5 kat padang permainan.
  2. Jangan lupa bagi minum air takut sakit tekak..hehe
  3. Dengar je dia jerit, pegi kat dia dan balas ckp dia dengan bisikan. Mmg kena buat byk kali ni kalau nk sukses. Anak kami, berjaya. Tapi 2-3 hari pastu buat balik..hahaha
  4. Pujian kalau tak menjerit. Bodek sikit je mama. Anak senyum, kita laaaagiiii senyum :)

Eh, kalau dia jerit2 means menangis2 kat mall?
  1. biarkan aje..Jarakkan diri sikit dari anak (utk elakkan rasa malu melampau..haha). Dia dah ok boleh slow talk.
  2. Dukung bawak masuk kereta kejap. Biar dia senyap sendiri kendian baru 'basuh'.
  3. 'Kasi ingat' awal2 lagi di rumah. Cth: Kalau anak tak jerit2 dekat mall, sebelum balik boleh dapat hadiah atau buku. Tp jangan sesekali mungkir janji ye :)
Kadang2 anak2 ni memang saja menduga tahap kesabaran kita. Teringat kata Dr Rozieta Shaari - sabar tapi mesti tegas.

Tengok mudah kan jadi mak bapak? HAHAHAHA..Good luck people!

Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

Parenting: Beg mu, beg mu jua..

Assalamualaikum..

Kenapa beg?

Bayangkan ada 4 org anak. Sorang dah tahun 1 – ada 3 beg (sek pagi, transit, sek ptg/agama), sorang tadika – ada 2 beg (sek dan day care), 2 org lagi pegi taska.7 BEG YOUUU!!

Handbag mama lagi. Tu belum masuk ada singgah Giant ke beli barang-barang sebelum ambil anak2 di taska utk balik rumah. Oh bags!

Misi?
Latih anak-anak ‘kendali’ beg sendiri,

Masa bila?
Waktu pergi dan balik taska/sekolah.
Pergi/balik dari jalan-jalan.

Rasional
Ajar anak bertanggungjawab dengan ‘harta’ sendiri.
Ajar anak untuk mudahkan kerja mama-papa.. with little helper, we happier :D

Method?
1. Beg
*Belikan beg yang menarik minat. Suhail suka Angry Birds, Syakir suka Lightning McQueen, Safiya suka Hello Kitty, adik Syahmi suka ape? – ape2aje lah adik

2. Belongs to:
*         Kenalkan beg siapa punya ni? Untuk budak2 kenit, boleh pegang selalu. Kt rumah main pun boleh pakai beg. Jangan koyak sudah..nnt mama jadi HULK!

3. Letakkan nama pada beg
*         Anak2 proud sbb beg tu ade name dia. Dia rasa ‘hebat’ – bak kata Syakir.
*         Sebagai salah satu latihan bacaan utk anak2 yg dah pegi sekolah.
o        Macam Syakir 5 tahun, x pandai baca lagi. But he memorized the word/s.
Syakir   :           Mama, ni beg Syakir.
Mama   :           Mana Syakir tau. Sama je ngan beg kawan. Cuba check dulu.
Syakir   :           Ye lah..ni beg Syakir.
Mama   :           Mana Syakir tau.
Syakir   :           Nilah nama Syakir..SYAKIR..Syakir nampak.

o        Makanya, boleh apply juga pada ‘harta2 AhmadAlbab’ yg lain – kasut sekolah, pakaian and stationaries. So far, Syakir dapat Mumtaz..dia cermat dan kemas. Barang tak pernah hilang (pencil, etc.). Suhail jayyid jiddan utk buku n brg2 besar..jayyid utk benda2 kecil..sbb mama letak nama tp die pegi buang..ade ke patut..huhu
4. Tempat beg
*         Bagitau kat mana patut letak beg.
o        Rak beg untuk beg sahaja. At our home, bilik ‘bibik’ tempat letak beg. Dah siap 1 rak utk bags.
o        Balik dari taska sebelum turun kereta mesti ambil beg MASING-MASING dan bawa masuk rumah. Keep telling them mana nak letak. In our case, letak kat dapur, tepi mesin basuh. Nanti senang mama nak kemas bekas bekal makan dan keluarkan baju2 kotor utk basuh..hehe.

Dan malam itu…

Mama   :           Aik, ni beg siapa kt tengah2 pintu ni? Knapa tak letak tempat beg?
Suhail   :           Bukan Suhail punyaa (jerit dari celah2 mainan)
Syakir   :           Syakir tengok macam bukan Syakir punye je.
Mama   :           Abis sapa punye? Grrrr..
Syakir   :           Ni Syakir nampak takde nama Syakir. Tp dalam ni ade botol air dengan buku.
Suhail   :           Buku apa Syakir. Meh Suhail baca. Sebenarnya saya isteri dia..cuba mama tengok pulak.
Mama   :           Eh, mmg macam mama punye lah..hehe..sorry :D


K, bhai.

Tuesday, January 28, 2014

Parenting: Salam

Assalamualaikum..


Anak-anak nak masuk rumah kena beri salam tau.

"Assalamualaikum..Suhail dah balik!"

    "Assalamualaikum..Syakir dah balik"

       "Assalamualaikum..Kakak dah bayyyikk!!"

           "Assalamualaikum..ni adik Syahmi dah balik" -- ok tipu..tu mama cakapkan..hehe

Macam mana nak latih?

Banyak nak ambil kira. Yang paling penting training dan berterusan. Mama papa pun mesti apply juga. WAJIB. hhaaa..gitu..

Bila start?
Seawal lahir boleh dah..masuk rumah perdengarkan pada anak supaya terbiasa. Mama kan mudah lupa. Ingatkan diri dulu baru boleh pimpin anak..kan? Macam sekarang Syahmi belom pandai ckp lagi..mama yang cakapkan..Implement yg sama utk setiap anak..alhamdulillah sukses! hehe

Rumah siapa?
rumah kite, taska, rumah uwan, rumah  tok don

Masa bila nak bagi salam?
nak masuk rumah

Cakap apa?
"Assalamualaikummmmmmmmm"..paling ringkas lah tu..panjang lagi tambah la mmmmm lg ;)


Nak jadi ceritanya, hari tu jalan-jalan cari pasal jauh sikit dari rumah. Dah kena la dok hotel..kesahnye bukak je pintu bilik hotel..."ASSALAMUALAIKUMMMM..SUHAIL DAH BALIK!!!"

Eh?!

Wassalam