Followers

Friday, January 21, 2011

Mari Mengarang dgn Kakciknurseroja!


Assalamualaikum..

Lewat petang semalam, asalnya hendak ke kedai Wak Leman untuk membeli kuih tepung talam. Tidak disangka-sangka, bertemu seorang yang malang. Ya, mangsa gangguan seksual. Apa lah yang nak jadi dengan pemuda kita ya? (ya, segelintir sahaja..). Permata yang patutnya dijaga dan dilindungi, telah dinodai. Andai pelakunya faham makna kembiri itu tidak sehebat dan seenak halwa maskat yang nenek buat sebagai hantaran perkahwinan kakcik seroja dengan pakcik serajo, pasti tak berani berkelakuan begitu. Cikgu dah ajar, ustaz dah sebut, ibu bapa dah tegaskan " Solat itu tiang agama. Sebagai pelindung, pemula, pelengkap atau pakaian untuk mendaki tangga keimanan". Macam dalam bait-bait sajak ulang tahun kelahiran yang selalu didengar, "..didoakan anda selamat di dunia dan di akhirat..". Walaupun ditakdirkan jadi mayat hidup macam dalam drama bersiri 'Walking Dead' atau cerita 'zombi kampung pisang'. Wahai pemuda dan pemudi, sama-samalah kita menjaga diri. Sebagai permulaan, jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi, bangkitlah.. Jangan terus berlingkar lagi diselimuti kulit ba*i!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

wo3. ape ni weh? ni sahutan cabaran "Mari Mengarang ngan Kakcik Seroja"..he3. harap leh menang hadiah :) . Kalo minat leh join jugak kt sini ok!

**Ni 1st time kite masuk ape2 contest since blogging tau. x reti sgt nk wat tag, nk letak link pun terkial2..ha3

4 comments:

  1. Terima kasih paish kerana turut serta dalam peraduan mengarang tu. :)

    Kalau Paish dapat warnakan 'kata kunci-kata kunci' tu, mungkin akan lebih jelas lagi. :)

    ReplyDelete
  2. nice.. semoga berjaya.. aibaks ni leceh skit nak tulis ayat standard.. huhu

    ReplyDelete
  3. aibaks: x standard pun..merapu je byk..ha3

    ReplyDelete

Orang2 happy :)