Followers

Tuesday, April 15, 2014

CNN - 'Cartoon' Network News

Assalamualaikum..

Dulu2 masa kecil tengok TV tempatan je..tu pun kalau tengok lah..sebab selalu balik sekolah dah chow pegi main..haha..Bila meningkat dewasa adalah tengok berita kat TV..sebelum ni hagham! memang kami adik beradik tak tengok TV sangat sebab tak dibiasakan. Arwah abah je slalu dapat pegang remote TV ni..tu pun memang tgk berita  dan wrestling saje lah!

Tapi dalam pada 'kejahilan media' tu ntah mane datang idea, kalau kawan-kawan yang kepoh, kite panggil dia CNN. Jaja cerita sini sana, tak pandai simpan rahsia sikit pun..haaa CNN lah tu!


Sekarang, CNN diketahui terkenal. Sentiasa update berita terkini. Tapi kadang-kadang macam propa je. Paling tak tahan bila Kuala Lumpur tu dalam Indonesia. Menangis orang keje Google gamaknye..letih diorang keje siang-malam-pagi-petang buat Google Map..haha..APTB

Ni semalam CNN 'beritakan' signal telefon co-pilot MH370 dikesan di Pulau Pinang pada hari kejadian. Kalau iye dapat membantu pencarian #MH370 baguslah..TAPI, mana lah tau kan kalau CNN buat ralat pulak lepas ni, "..phone signal detected.. from Pulau Pinang, Australia...". Macam mana kita nak terima ini secara rasional sedangkan:

1. kalau naik kapal terbang, semua mobile phone diletakkan dalam keadaan 'flight mode' atau off. kalau berlaku 'kekalutan', sempat ke nak tgk mobile phone bagai..co-pilot sah2 la busy..wallahualam.
2. takkan kerajaan Malaysia tak tau information ni dari awal lagi.
3. 'fitnah' CNN terhadap keluarga pilot MH370 belum terampun..huhu.

Betul-betul macam 'cartoon'!

Wassalam.