Followers

Wednesday, February 26, 2014

Social Network yang menyedihkan!

Assalamualaikum..

KATAKANLAH, anak uols bersekolah di sekolah yg sama dgn parent dia yg merupakan seorang guru.

Best kan? Best lah..lagi2 kalau Tahun 1..nak makan boleh cari mak/ayah, nak beli buku mak/ayah belikan..nk g tandas pun boleh cari mak/ayah temankan..tahun 1 la..tahun 6 nak buat gitu penyepak dapat..haha

Pastu waktu tghari takde la nak terkocoh2 g transit or balik rumah untuk get ready pergi sekolah agama pulak (kalau ada lah..). Lepak2 je kat sekolah, mkn kt kantin pastu mak/ayah antar g sekolah agama pulak. Hati mak/ayah plak mmg lapang..sebab takde la nk pikir macam2 pasal anak dia dr segi pengurusan diri dan makan minum in between waktu persekolahan tu..maklumlah anak depan mata.

Mak/ayah takde risau sgt dengan guru2 anak sbb semua tu kwn2 dia..mudah nk tau perkembangan anak..direct je tanya kawan2.

Nampak tak bestnya jadi cikgu? menyesal tak sbb tak jadi cikgu? hahaha

Ok, tu positive sides. Fine.

Bad side!

KATAKANLAH, anak uols penat sangat haritu, sampai tertidur dalam kelas. Sian kan anak2 kita..sibuk sgt, byk sangat nak buat sampai letih sebelum menjelang tengahari. Biasanya murid tahun 1 guru biarkan dulu kalau murid tidur ni. Sesekali takpe..kalau byk kali we expect guru will inform us and kita akan buat sesuatu berkenaan tu. Ah, ok takpe.

KATAKANLAH, anak uols bergaduh kecil dengan kawan kelas, biasa rebut2 barang or gurau secara kasar sikit, kawan tercedera. Guru terpaksa inform parent murid yg cedera. Takpe jgk, sbb parent yang bertanggungjawab (cewahh) pun akan ambil action yg sama. Contact parent kawan anak utk minta maaf dan nasihatkan anak sendiri.

Yang TAK SEDAPnya, cikgu snap picture dan share dalam rangkaian Social dia..cth paling best sekarang Whatsapp lah..they making fun with the picture and the situation, blah..blah..blah..dan YOU (mak/ayah guru sekolah tu jugak ni) tak ada pun dalam group Social Network tu!!

Pathetic!

Yes, anak uols nakal..murid lain baik tapi adil ke bila:

1. semua guru tahu kelakuan dia melalui rangkaian sosial dan kemungkinan anak uols disisihkan di kelas sebab telah dicap sebagai nakal.

2. uols sebagai guru dan 'kawan pejabat' diperkotak katikkan sedemikian rupa. Mungkin uols tak terasa. Mungkin. Tapi jangan letakkan diri uols as 'kawan pejabat' yang boleh terima gurauan tapi letakkan diri sebagai 'mak/ayah murid'. Ok now, how do you feel?

Note: ini entry takde kena mengena dengan sesiapa!

Wassalam.

12 comments:

  1. ehehe dulu lya adala juga minat nak jadi cikgu..tpi angan2 masa zaman kanak2 je kak..skrg dah lain dah minatnya :)..bab tu tak jadi cikgu

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kakak dulu pernah menjadi guru tapi dek kerana dpt tawaran gaji lebih baik kakak tinggalkan karier guru. Bila dah kawen ada anak sedih tengok anak kena jaga bibik mula macam nak jadi cikgu balik tapi dah lama tinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg rancang kita, Allah tentukan..ye tak kak? :)

      Delete
  3. Ada guru yg mmg minat jadi guru..it is their passion since azali lagi kot so they won't do such thing I guessed which is so unprofessional and unethical. For some, prob they chose guru as the last choice or sbb kelulusan nak masuk aliran lain tak mencukupi so prob inilah yg buat kerja2 yg tak semenggah tu dan mencemarkan profesion perguruan. Social network pun tak reti nak utilize reasonably mcmana nak ajar murid? Mcmana nak kekang masalah social networking abuse dikalangan pelajar klu cikgu nya pun dua x lima. Semoga mereka mendapat hidayah daan petunjuk. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu ishak skj ajar dulu2 'guru k*ncing berdiri, murid k*encing berlari'.

      Delete
  4. ada cikgu buat camtu? terkejut ni.... tak berapa best la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. even kat mana2 pun, jagalah hati org lain..kan?

      Delete
  5. Hahaha... memang korang hajar kawan-kawan buat mcm tu... selalunya, ada geng jer yang buat camtu kat sekolah... tapi kalau aku tangkap... maut geng tu... why not, be frank.. kalau sah anak kita nakal (atau memang ya anak kita nakal), surely kita boleh buat sesuatu... macam 'penyepak' ker kan? hahaahahaha... alhamdulillah, tak ada lagi kes berat-berat anak-anak kat sekolah... :D

    ReplyDelete
  6. hrni bg penyepak..esok masuk h*metro..wakaka

    ReplyDelete
  7. ok, tak menahan entry ni.. rasa macam nak snap2 balik je bad side cikgu yg suka snap+post bad side org lain.. Dia buka aib org, tak mustahil, satu hari nnti org bukak aib dia lak.. haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe la..kite doa yg baik2 je utk org..wahhh

      Delete

Orang2 happy :)