Followers

Friday, April 4, 2014

Parenting: Tidurlah anakku sayang

Assalamualaikum..

Tajuk tak hingat kan..hahaha

Tapi penting ni, untuk kesenangan mak-pak jugak.

'Ngatuknya..malam tadi anak tidur lambat..dah jam 12am pun sakan main lagi'..
'Anak saya kejut suruh teman dia tengok tv @1am!!!'..
'Anak saya malam pukul 7pm dah tidur..err esok jam 7am baru bangun'..

Hebat kau anak2 Malaysia!

Kisahnya
1. bagus ke anak tidur lambat?
2. kenapa nak tidur lambat?

Rasional
1. tidur lewat malam, esok pagi susah nak bangun awal.
2. tidur lewat malam, kasi mak-pak 'migrain' plak sbb suruh teman tgk tv bagai.
3. tidur lama sangat, esoknya tak boleh nak ambil nap at noon sebab mlm tadi dah tidur lama sangat (7pm-7am).

Natijah
1. Anak tak cukup tidur..especially yang waktu persekolahan pagi (sekolah betul or sekolah makan tadika).
2. Anak cepat penat, tak bertenaga nak belajar, nak main..tak boleh/kurang fokus di kelas. Tak cergas masa main.
3. Mak-pak 'migrain' jugak sebab tak cukup tidur. Kecenderungan nak marah2 sayang adalah tinggi.
4. Macam2 masalah kecil lain yang akan jadi besar..

Kaedah
1. Buat jadual tidur - anak2 saya semua pergi taska. kalau hari cuti, kat rumah apply masa tidur taska (@noon 2 jam sekurang-kurangnya) selepas lunch. Kalau nak g jalan2 pun, dah bangun tidur baru keluar.
2. Anak yang dah sekolah 1 jam sebelum Zuhur - sunnah tu :)
3. Makan malam awalkan. Jam 6 @ 7 pm makan. Malam minum susu aje. 
4. Tetapkan masa tidur malam. Rumah kami off at 10pm. Hari cuti pun sama.
5. Suasana tidur yang sama dan selesa. Kami tak pasang lampu tidur dan pintu tutup rapat. memang zzzzzz :p
6. Kerjasama semua pihak penting - pak nak tengok bola? sila tidur dulu ye..anak dah tidur baru bangun ok?
7. Eh, umah kami kecik, tidur depan tv - sila off lampu, tv, silent hphone, etc. anak ikut kita, kita tak tidur, jangan harap la dia nak tidur jugak!

**semua di atas adalah cara kami. kaedah masing2 lah kan :D

PALING PENTING
Tiap anak ada 'peel' masing-masing. Mak-pak sila ambil tahu dan bertindak ikut keadaan. Nama pun dah beranak pinak, dah tak sama macam bujang-bujangan dulu ye.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Orang2 happy :)