Followers

Monday, April 7, 2014

Catu air: Tindakan susulan

Assalamualaikum..

Bermula Ahad lepas (semalam) rumah kami termasuk dalam kawasan catuan air. Masaklah mak nak!!
Rumah kami banyak 'bot-bot kecil'. Tapi tak mengapalah, semua rumah pun hadapi masalah yang sama.

Haritu kami dah sediakan siap-siap tong air (di sini). 2 tanks 22 gallons with lid. Owh, banyak 'bot-bot kecil' tadi kan..tak praktikal rasanya beli baldi atau besen banyak-banyak dan susun tepi dinding!

1. faktor keselamatan
- anak-anak kami dan air sukar dipisahkan :p Masa begini 'kejadian-kejadian' yang tidak diingini adalah berkemungkinan besar boleh berlaku. Langkah-langkah keselamatan memang perlu sangat.

2. Baldi dan besen banyak memenuhkan ruang. Tiada penutup, maka kena susuh berderetan. Rumah besar pun boleh jadi sempit kalau macam tu.

3. Bila catuan air dah dimansuhkan (InshaAllah), nak buat apa dengan baldi yang banyak tu kan?

Tadika dan taska berada dalam kawasan berdekatan rumah kami. Maka termasuk dalam skim catuan air. Air masak/sedia minum kami siapkan lain. Yang ni letak dalam satu tank besar dan a few dalam botol bertutup. Yang bertutup kami bawa ke tadika dan taska. Sekurang-kurangnya pengasuh tak pening kepala..hehe Harap-harap lah..

More or less, harap catuan air ni tak menyerabutkan rumah tangga kami..hehe.

Challenge accepted!

Wassalam.

p/s: pagi tadi kami mandi pagi tau..saje nak mentioned. kot la ada yang wonder..haha.

Friday, April 4, 2014

Parenting: Tidurlah anakku sayang

Assalamualaikum..

Tajuk tak hingat kan..hahaha

Tapi penting ni, untuk kesenangan mak-pak jugak.

'Ngatuknya..malam tadi anak tidur lambat..dah jam 12am pun sakan main lagi'..
'Anak saya kejut suruh teman dia tengok tv @1am!!!'..
'Anak saya malam pukul 7pm dah tidur..err esok jam 7am baru bangun'..

Hebat kau anak2 Malaysia!

Kisahnya
1. bagus ke anak tidur lambat?
2. kenapa nak tidur lambat?

Rasional
1. tidur lewat malam, esok pagi susah nak bangun awal.
2. tidur lewat malam, kasi mak-pak 'migrain' plak sbb suruh teman tgk tv bagai.
3. tidur lama sangat, esoknya tak boleh nak ambil nap at noon sebab mlm tadi dah tidur lama sangat (7pm-7am).

Natijah
1. Anak tak cukup tidur..especially yang waktu persekolahan pagi (sekolah betul or sekolah makan tadika).
2. Anak cepat penat, tak bertenaga nak belajar, nak main..tak boleh/kurang fokus di kelas. Tak cergas masa main.
3. Mak-pak 'migrain' jugak sebab tak cukup tidur. Kecenderungan nak marah2 sayang adalah tinggi.
4. Macam2 masalah kecil lain yang akan jadi besar..

Kaedah
1. Buat jadual tidur - anak2 saya semua pergi taska. kalau hari cuti, kat rumah apply masa tidur taska (@noon 2 jam sekurang-kurangnya) selepas lunch. Kalau nak g jalan2 pun, dah bangun tidur baru keluar.
2. Anak yang dah sekolah 1 jam sebelum Zuhur - sunnah tu :)
3. Makan malam awalkan. Jam 6 @ 7 pm makan. Malam minum susu aje. 
4. Tetapkan masa tidur malam. Rumah kami off at 10pm. Hari cuti pun sama.
5. Suasana tidur yang sama dan selesa. Kami tak pasang lampu tidur dan pintu tutup rapat. memang zzzzzz :p
6. Kerjasama semua pihak penting - pak nak tengok bola? sila tidur dulu ye..anak dah tidur baru bangun ok?
7. Eh, umah kami kecik, tidur depan tv - sila off lampu, tv, silent hphone, etc. anak ikut kita, kita tak tidur, jangan harap la dia nak tidur jugak!

**semua di atas adalah cara kami. kaedah masing2 lah kan :D

PALING PENTING
Tiap anak ada 'peel' masing-masing. Mak-pak sila ambil tahu dan bertindak ikut keadaan. Nama pun dah beranak pinak, dah tak sama macam bujang-bujangan dulu ye.

Wassalam.

Wednesday, April 2, 2014

ww#7

Assalamualaikum..

Bunga-bunga dari anak-anak pagi tadi.

Sungguh yang cantik tak kekal selamanya.

Tuesday, March 25, 2014

#RememberingMH370

Assalamualaikum..

Dukacita dimaklumkan oleh PM malam tadi bahawa MH370 disahkan berakhir perjalanannya di selatan Lautan Hindi. 

Ia adalah kawasan terpencil dan berada jauh dari tempat2 berkemungkinan yang membolehkan pesawat untuk mendarat.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu lebih baik.




Condolences for families 239 passengers and crews onboard.

Al-Fatihah :(

Monday, March 24, 2014

1st GIVEAWAY by PUAN HUSNA

Assalamualaikum..

Cukup-cukup lah cuti kan..jom terjah kawan-kawan :)

Jalan punya jalan, jumpa Puan Husna. Meh la join GA beliau :D

http://newhusnayusof.blogspot.com/2014/03/1st-giveaway-by-puan-husna.html

** Puan Husna minta komen blog beliau. Hmmm..rasa xde nak komen lah..saya suka blog beliau..plain je..senang nak baca dan x semak dengan iklan..hehehe

Selamat maju jaya kepada beliau :)

Beliau juga tunjuk cara nak follow. Nampaknya, terjawab juga persoalan saya haritu. Yesss!!

p/s: support kawan2..untung2 menang GA..hahahaha

Wassalam ;)

Friday, March 21, 2014

Hafal lagu

Assalamualaikum..

Payah jugak jadi parent ni rupanya.. anak kena buat persembahan lagu kat tadika, mak2 pun nak kena menghafal..kate cikgu 'bantu anak2 hafal lagu di rumah'..gitu..ape2 la cikgu..layannnnn

Eventnye bulan depan. Hari sukan. Takut mak 'karok ' lebih plak nanti :p

Wassalam.

Wednesday, March 19, 2014

ww#6

Assalamualaikum..

Saya copy dan paste dari whatsapp group. Layan je lah ;)

oh ape2 je lah!

Happy jolly wednesday!!

Wassalam.

Tuesday, March 18, 2014

Tak bolleh follow!

Assalamualaikum..

Kenapa ek saya nk follow kawan  tak boleh? huhuhu

Bila saya click...



...dia akan kluar error.

.
.
.
.
.

ooo..ko tak bagi aku tambah kawan ye. 


xpe, xpe, Google+ kan hado ;)



Tapi kawan2 yang tau tolong bg tunjuk ajar ye. 

Tension ni.

Wassalam.

Monday, March 17, 2014

Marah sangat!!

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa marah sampai dada ni rasa nak pecah?

Huh..soalan!

Wassalam.

Thursday, March 13, 2014

Happy 25th birthday, World Wide Web!

Assalamualaikum..

Wahh..dah 25 tahun usia WWW. Ingat lagi pertama kali saya diperkenalkan dengan www ni masa tahun 1996. Masa tu tak paham langsung apa faedah 'menatang' ni..hahaha

Pengasas www, Sir Tim Berners-Lee menyebut dalam petikan postnya pada googleblog.blogspot.com "Today is the web's 25th birthday. On March 12, 1989, I distributed a proposal to improve information flows: "a 'web' of notes with links between them."

Katanya lagi about 40% dari kita are connected and creating online.

Harapan beliau yg mendalam terhadap masa depan www seperti mcmna nak pastikan 60% lg dari kita ni get connected,  tiada dominant on web, can be support by all language and culture (huh!), dan blah3.. Rasanya elok biar beliau dan pakar2 yg fikir..haha

Terima kasih pada dia sebab berjaya menghubungkan kita.

Get connected and happy 25th birthday www!!

Wassalam.

Wednesday, March 12, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum..

Jom terjah!

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Rasa best dapat support kenalan alam maya kat blog sendu kita ni.

p/s. kalau dpt powerbank lg best :D

Wassalam.

#ww5 World 5th Runner Up "Selfiest Cities"

Assalamualaikum..
Malaysia tersenarai dlm di tempat ke5 'selfiest cities' dalam TIME list top 10. Penyumbangnya ialah orang Petaling Jaya dengan 141 selfie-takers per 100,000. Wahh..Satu pencapaian. Gila bangga..WTFish -sumber yahoo.com
Gua pun selfie jgk..kau hado?
Wassalam.

Tuesday, March 11, 2014

WAWASAN Mini Meeting :)

Assalamualaikum..

Happy gile bila dapat jumpa kawan-kawan lama. Kisahnya ni kawan2 masa di hostel di S**J, Seremban..batch 96-97. Dah tua ko Jah!

Group kami ramai. Standardlah semua dah berkerjaya dan berkeluarga, maka susah lah nk gather semua ada. Rasanya semua yang nak organize gathering-mering ni hadapi masalah yg sama kot '^_^

Minggu lepas one of the member jemput ke wedding reception adiknya. Kat Putrajaya pulak tu. Kite pun suka la sbb dekat..hoho..Gigih nak pegi walaupun pagi papa ada kerja sampai tengahari. Been there around 2pm --ngap3 -- tengok pengantin -- g tandas 4 round (anak 4 kan!!) -- jumpa kawan2!!!  4 of us were there and mak-mak-budak mula tak hingat dunia..hahaha..Macam lah dah lama sngat tak jumpa tapi cerita yang sama berulang kali tanpa bosan. Pernah alami?

Mak-mak-maksedara-mak budak
Sorang abang pengantin tanya "Ni group Nurfia ke?". Eh?

Kisahnya, kawan kami ada kedai online..Dia letak nick M*a Nurfia. Dah lama nak tanya apa maksud Nurfia tu. Bz body nih wonder sebab slalu tgk org letak nama kedai sempena nama sendiri, nama anak, gabung2 nama etc. Tapi mcm x kena je ngan makcik tu..hehe..Jangan marah.

Kata dia "Nurfia bermaksud MAFIA yang dah dapat NUR"

Aih? MAFIA ke kita dulu? Jeng3

Wassalam.

Birthday celebration

Assalamualaikum..

Dah 3 tahun darling mama. Moga jadi anak yang solehah, baik akhlak, taat Allah-mamapapa-guru, usia yang bermanfaat dan sihat hendaknya. Amin..

'Kakak nak kek hello kitty'. Ceritanya nk order kat kawan mama..sekali kawan mama tu tak dapat nak buatkan..padan muka mama sbb order last minute.  Jadinye terpaksa lah guna 'kreativiti karat'..kreatiflah sangat..

Happy 3rd birthday sayam!!


Wassalam.

Monday, March 10, 2014

#PrayforMH370

Assalamualaikum..

Kredit to FB

Ya Rahim..Dengarlah doa kami. Hanya Kau lah Yang Maha Mengetahui.

Amin.

Wassalam.

Friday, March 7, 2014

Menang cabutan bertuah

Assalamualaikum. .

Haritu participate dlm GA puanintanberlian ni..bertuah sgt la hrtu dpt cabutan bertuah.

Hajat besau nk dpt jubah cantik dari penaja. Hahaha..rezeki org lain la tu. Syukur Alhamdulillah dapat shawl yg cantik ni.

Kami ni ada penyakit..kalau buat baju kurung baharu mesti nk tudung baharu jugak. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang lah ni. Harap match lah dgn baju tu.

Terima kasih daun keladi puanintanberlian ;)

Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Tips beli kereta

Assalamualaikum..

Macam2 nk kena tgk kalau nk beli kereta.

1. Golongan marhaen cm kami ni beli kereta ikut bajet bulanan, harga kereta dan keperluan.

2. Paling penting tgk kereta tu ada lampu signal tak. Iye la signal gunanya untuk bgtau kalau kita nk tukar lane, or nk masuk simpang. Nak ke kiri ke atau ke kanan. Kalau beli kereta mahal tp takde signal RUGI! 1 rugi duit..1 lg rugi sbb kena kutuk berbakul-bakul!

Wassalam.

Anak saudara baharu

Assalamualaikum..

Jumaat lepas dapat anak saudara baharu..yeay! Baru yang ke-3...pheeww!

Congrats to both abah and mummy. Sebenarnya dah buat lawatan tapak sabtu lepas. Sambil2 melepak dan bercanda. hehehe

Baby 'anak jepun' yang comel belum ada nama. Seems like his abah want to make a contest to name his baby. hahaha

Tp hr ke 4 demam pula baby jepun tu..jarang juga baby kecil mcmtu demam kan..sbb jerebu ke..dh masuk ward plak..doktor pun tak berani buat apa2. Pantau je. Mudah-mudahan xde masalah dan cepat sembuh. Sian mummy sedih :(

------------------------------------------------------------------------------------------------

Update:

1. Khabarnya baby dah sihat..esok dh boleh discharge..yeay!

2. Dah pun dapat nama: Muhammad ***** Raees. Dulu kami ada bapa saudara bernama 'Rais'. Mungkin sempena nama beliau cuma ejaan dimamakkan dimodenkan. Tapi saya suka. Makna nama baby Raees tu saya belum tahu. Nantilah update :p

Wassalam.


Wednesday, March 5, 2014

ww #4 Happy 3rd Birthday!

Assalamualaikum..

Happy 3rd Birthday Honey Boo Boo :)


Old pic


Tuesday, March 4, 2014

Contraflow Lane

Assalamualaikum..

Tak faham.

Apa guna Contraflow Lane kalau menyebabkan jalan makin sesak.

Salah pengguna lebuh raya kah?

Salah sistem 'pengcontra'nya kah?

Salah orang highway kah?

Atau tak ada apa pun yang salah..memang saje2 je jammed.

Yang hairan tu both flow jammed.
....................................................

Oh, nasib la duduk area kl/selangor..taknak jammed duduk la kampung..ye x? :p