Followers

Monday, April 7, 2014

Catu air: Tindakan susulan

Assalamualaikum..

Bermula Ahad lepas (semalam) rumah kami termasuk dalam kawasan catuan air. Masaklah mak nak!!
Rumah kami banyak 'bot-bot kecil'. Tapi tak mengapalah, semua rumah pun hadapi masalah yang sama.

Haritu kami dah sediakan siap-siap tong air (di sini). 2 tanks 22 gallons with lid. Owh, banyak 'bot-bot kecil' tadi kan..tak praktikal rasanya beli baldi atau besen banyak-banyak dan susun tepi dinding!

1. faktor keselamatan
- anak-anak kami dan air sukar dipisahkan :p Masa begini 'kejadian-kejadian' yang tidak diingini adalah berkemungkinan besar boleh berlaku. Langkah-langkah keselamatan memang perlu sangat.

2. Baldi dan besen banyak memenuhkan ruang. Tiada penutup, maka kena susuh berderetan. Rumah besar pun boleh jadi sempit kalau macam tu.

3. Bila catuan air dah dimansuhkan (InshaAllah), nak buat apa dengan baldi yang banyak tu kan?

Tadika dan taska berada dalam kawasan berdekatan rumah kami. Maka termasuk dalam skim catuan air. Air masak/sedia minum kami siapkan lain. Yang ni letak dalam satu tank besar dan a few dalam botol bertutup. Yang bertutup kami bawa ke tadika dan taska. Sekurang-kurangnya pengasuh tak pening kepala..hehe Harap-harap lah..

More or less, harap catuan air ni tak menyerabutkan rumah tangga kami..hehe.

Challenge accepted!

Wassalam.

p/s: pagi tadi kami mandi pagi tau..saje nak mentioned. kot la ada yang wonder..haha.