Followers

Friday, April 18, 2014

Mati itu pasti!

Assalamualaikum..

Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang peguam berprofil tinggi. Takziah untuk keluarga beliau. Moga tabah menerima kedukaan.

Walaupun beliau berlainan pandangan politik, tapi masih jua manusia biasa. Hidup dan mati tetap di dalam ketentuan Allah SWT. Para pemimpin yang tidak sehaluan kefahaman politiknya turut melahirkan ucapan takziah.

Di sinilah cabaran umat Islam sebenarnya!

Sedih bila segelintir umat ISLAM memaki hamun, mengeluarkan kata kesat dan tidak sepatutnya atas kematian beliau. Bukanlah kita melupakan segala perbuatan atau kata beliau yang menyinggung kita tetapi cukuplah sekadar ingat dasar KEMANUSIAAN. Rasullulah SAW kita sendiri mengajar supaya berbelas kasihan pada musuh. Kata nak ikut SUNNAH!!

Sehebat mana kita memaki, sumpah seranah dan sebagainya tidak memberi kesan pun pada si mati. Jadi, apa objektifnya?

1. semata-mata untuk menyakiti hati kerabat beliau? atau,
2. kalau maki mayat beliau akan terseksa (maklumlah masa hidupnya kita tak dapat usik sikit pun), atau
3. puaskan hati sendiri - janji aku menyumpah dia!

Macam mana kalau kita pula mati kelak? Kita ni disenangi semua orang ke? Kalau kita dok maki orang sini sana, agak-agak kita mati orang ada tak maki kita pulak? 

Ntah la kan..mana nak tau..kita kan dah mati!!

Moga kedatangan Jumaat barkah ini meringankan hati kita untuk muhasabah diri.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Orang2 happy :)