Followers

Friday, February 14, 2014

Ariana Rose

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi..YESSSS!!

Esok cuti..tapi esok ada mesyuarat PIBG kena attend..haha

Semangat! Semangat! Semangat!

Semalam tengok la kengkononnye episod akhir drama ARIANA ROSE kat TV3. Episod yang sebelum ni tengok tapi gitu2 je lah..Tengok sbb:

1. ada Keith Foo - dia org n9 tau..gedik kau!
2. episod akhir kan..feel dia lain sikit.
3. kang kwn2 citer melopong plak tau tau ujung pangkal - be informative..haha

Kebetulan balik dari ofis semalam, singgah Giant, gigih siap beli popcorn..nk tgk tv katenye. Semangat tak semangat :p Suhail ingat mama beli popcorn, dia boleh makan sambil tgk movie..tapi hampa. Aktiviti tgk movie dan makan popcorn biasa kami buat hari cuti sekolah. Semalam khamis, bukan cuti sekolah, so bye2 ye angan2. Jadinya semalam dapat mkn popcorn je tp tgk Ariana Rose. Kejam tak mak dia?

Rumusan:
Episod akhir - failed. Banyak scene membazir duit sbb shooting sampai oversea tp mengarut2..merajuk sini..merajuk sana..dah siap solat maghrib pun tak abis2 merajuknya..ishhh. Tapi cameo by the Wedding Breaker writer Evelyn Rose saya suka.

Secara keseluruhan, harap lepas ni tayanglah drama yang lebih baik. Org kena rogol, kawin dengan perogolnya pulak..hmmm macam sakit hati je tengok.

Tunggu next drama pulak. Apa ya?

Wassalam.