![]() |
| Kredit to FB Ya Rahim..Dengarlah doa kami. Hanya Kau lah Yang Maha Mengetahui. Amin. Wassalam. |
Followers
Monday, March 10, 2014
#PrayforMH370
Friday, March 7, 2014
Menang cabutan bertuah
Assalamualaikum. .
Haritu participate dlm GA puanintanberlian ni..bertuah sgt la hrtu dpt cabutan bertuah.
Hajat besau nk dpt jubah cantik dari penaja. Hahaha..rezeki org lain la tu. Syukur Alhamdulillah dapat shawl yg cantik ni.
Kami ni ada penyakit..kalau buat baju kurung baharu mesti nk tudung baharu jugak. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang lah ni. Harap match lah dgn baju tu.
Terima kasih daun keladi puanintanberlian ;)
Wassalam.
Thursday, March 6, 2014
Tips beli kereta
Assalamualaikum..
Macam2 nk kena tgk kalau nk beli kereta.
1. Golongan marhaen cm kami ni beli kereta ikut bajet bulanan, harga kereta dan keperluan.
2. Paling penting tgk kereta tu ada lampu signal tak. Iye la signal gunanya untuk bgtau kalau kita nk tukar lane, or nk masuk simpang. Nak ke kiri ke atau ke kanan. Kalau beli kereta mahal tp takde signal RUGI! 1 rugi duit..1 lg rugi sbb kena kutuk berbakul-bakul!
Wassalam.
Anak saudara baharu
Jumaat lepas dapat anak saudara baharu..yeay! Baru yang ke-3...pheeww!
Congrats to both abah and mummy. Sebenarnya dah buat lawatan
Baby 'anak jepun' yang comel belum ada nama. Seems like his abah want to make a contest to name his baby. hahaha
------------------------------------------------------------------------------------------------
Update:
1. Khabarnya baby dah sihat..esok dh boleh discharge..yeay!
2. Dah pun dapat nama: Muhammad ***** Raees. Dulu kami ada bapa saudara bernama 'Rais'. Mungkin sempena nama beliau cuma ejaan
Wassalam.
Wednesday, March 5, 2014
Tuesday, March 4, 2014
Contraflow Lane
Tak faham.
Apa guna Contraflow Lane kalau menyebabkan jalan makin sesak.
Salah pengguna lebuh raya kah?
Salah sistem 'pengcontra'nya kah?
Salah orang highway kah?
Atau tak ada apa pun yang salah..memang saje2 je jammed.
Yang hairan tu both flow jammed.
....................................................
Oh, nasib la duduk area kl/selangor..taknak jammed duduk la kampung..ye x? :p
Friday, February 28, 2014
Catuan Air di Lembah Klang
Gelabah la catu-catu air ni. Haritu hujan hari2 bising..ni panas berdenting tiap hari pun bising..apa nak buat..nasib badan..
Kelmarin dapat info ada buat Solat Istisqa (Solat Minta Hujan) anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam. Semalam 27 Feb jam 9am. Jgn uols pegi harini plak..boleh jgk..p solat Jumaat..hehehe Tak dapat nak sama2 lah..tuntutan tugas (
Moga dengan keikhlasan permintaan hamba2Mu yang kerdil ini, perkenankanlah ya Allah..amin.
![]() |
| Pesta beli tong air :) |
Good luck to us!
Wassalam.
Thursday, February 27, 2014
Parenting: Shouting!
Anak2 bila happy atau sedih, dia akan express it in many ways. Salah satu JERIT!!
Bingit kan..kena plak yang suara memang nyaring..huh!
Macammana nak kawal?
Jangan sekat sangat! 'Jangan jerit! Bising!'..big NO.
Biarlah dia jerit, cuma:
- Kita mesti -- SABAR byk2 ye tuan/puan..mengucap panjang ke pendek ke..ikutlah..bwk bertenang ye. Kita tenang baru lah cari jalan nak handle anak2..betul kan?
- Kita pun elakkan selalu express perasaan dengan jeritan. Anak tengok kita tu mak!
- Bagitau bila boleh jerit. Bagi masa dan ruang. Contoh: jerit waktu petang je pukul 5 kat padang permainan.
- Jangan lupa bagi minum air takut sakit tekak..hehe
- Dengar je dia jerit, pegi kat dia dan balas ckp dia dengan bisikan. Mmg kena buat byk kali ni kalau nk sukses. Anak kami, berjaya. Tapi 2-3 hari pastu buat balik..hahaha
- Pujian kalau tak menjerit. Bodek sikit je mama. Anak senyum, kita laaaagiiii senyum :)
Eh, kalau dia jerit2 means menangis2 kat mall?
- biarkan aje..Jarakkan diri sikit dari anak (
utk elakkan rasa malu melampau..haha). Dia dah ok boleh slow talk. - Dukung bawak masuk kereta kejap. Biar dia senyap sendiri kendian baru 'basuh'.
- 'Kasi ingat' awal2 lagi di rumah. Cth: Kalau anak tak jerit2 dekat mall, sebelum balik boleh dapat hadiah atau buku. Tp jangan sesekali mungkir janji ye :)
Tengok mudah kan jadi mak bapak? HAHAHAHA..Good luck people!
Wassalam.
Wednesday, February 26, 2014
Social Network yang menyedihkan!
KATAKANLAH, anak uols bersekolah di sekolah yg sama dgn parent dia yg merupakan seorang guru.
Best kan? Best lah..lagi2 kalau Tahun 1..nak makan boleh cari mak/ayah, nak beli buku mak/ayah belikan..nk g tandas pun boleh cari mak/ayah temankan..tahun 1 la..tahun 6 nak buat gitu penyepak dapat..haha
Pastu waktu tghari takde la nak terkocoh2 g transit or balik rumah untuk get ready pergi sekolah agama pulak (kalau ada lah..). Lepak2 je kat sekolah, mkn kt kantin pastu mak/ayah antar g sekolah agama pulak. Hati mak/ayah plak mmg lapang..sebab takde la nk pikir macam2 pasal anak dia dr segi pengurusan diri dan makan minum in between waktu persekolahan tu..maklumlah anak depan mata.
Mak/ayah takde risau sgt dengan guru2 anak sbb semua tu kwn2 dia..mudah nk tau perkembangan anak..direct je tanya kawan2.
Nampak tak bestnya jadi cikgu? menyesal tak sbb tak jadi cikgu? hahaha
Ok, tu positive sides. Fine.
Bad side!
KATAKANLAH, anak uols penat sangat haritu, sampai tertidur dalam kelas. Sian kan anak2 kita..sibuk sgt, byk sangat nak buat sampai letih sebelum menjelang tengahari. Biasanya murid tahun 1 guru biarkan dulu kalau murid tidur ni. Sesekali takpe..kalau byk kali we expect guru will inform us and kita akan buat sesuatu berkenaan tu. Ah, ok takpe.
KATAKANLAH, anak uols bergaduh kecil dengan kawan kelas, biasa rebut2 barang or gurau secara kasar sikit, kawan tercedera. Guru terpaksa inform parent murid yg cedera. Takpe jgk, sbb parent yang bertanggungjawab (
Yang TAK SEDAPnya, cikgu snap picture dan share dalam rangkaian Social dia..cth paling best sekarang Whatsapp lah..they making fun with the picture and the situation, blah..blah..blah..dan YOU (mak/ayah guru sekolah tu jugak ni) tak ada pun dalam group Social Network tu!!
Pathetic!
Yes, anak uols nakal..murid lain baik tapi adil ke bila:
1. semua guru tahu kelakuan dia melalui rangkaian sosial dan kemungkinan anak uols disisihkan di kelas sebab telah dicap sebagai nakal.
2. uols sebagai guru dan 'kawan pejabat' diperkotak katikkan sedemikian rupa. Mungkin uols tak terasa. Mungkin. Tapi jangan letakkan diri uols as 'kawan pejabat' yang boleh terima gurauan tapi letakkan diri sebagai 'mak/ayah murid'. Ok now, how do you feel?
Note: ini entry takde kena mengena dengan sesiapa!
Wassalam.
Monday, February 24, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Jalan-Jalan: Artsphere 20/8ty @ The Atmosphere
Last weekend, kami berkesempatan (lah sangat...) pegi The Atmosphere, Seri Kembangan. Depan rumah je kot tapi ni baru dapat pegi..hehe
![]() |
| haish budak kenit nih! |
The Atmosphere?
Kind of soho mall @ shop lots. Baru siap tapi tengok macam tak banyak je kedai bukak. We all kutuk2
Lagi?
Seangkatan dengannya..ada contest "Strike a Pose Photo Contest" untuk semua pengunjung. Ambil gambar dengan mural art yang korang suka kendian upload kat FB page diorang. Hadiah hingga RM15,000 tau! Btw, ended on 16th February, 2014 : p 2 categories; Most Liked Photo (public voting la..FB kan..) dan Creative Photo.
Location?
Set GPS kepada the Atmosphere, Seri Kembangan. Cari Giant Seri Kembangan pun boleh sebab opposite je.
Admission?
Eh, bila2 boleh pegi. Paling penting free..haha. Tempat ni luas..kami sempat pergi 2 bahagian aje. Tak larat la nak bawak askar2 yang cergas tu. Lagipun sekarang panas gile (
Additional
- Walaupun mural ni bertaburan
serata alamtapi mudah nak explore. They got floor map and pak guards..hehe. Ada 1 mural ada tali..sah2 kanak2 aktif akan bergayut kat situ..x pasal2 kena 'prriiiiittttt' dengan wisel pak guard. So mama avoid anak2 mama pegi mural tu..kalo tak, malu di situ..haha - Kalau bawa stroller ke takde masalah sebab ada escalator dan lift. Vehicles can be parked outside and inside (mall kan..)
- Got toilet every level - penting ni especially bawa kanak-kanak. Plus the toilet itself pun ade mural kt luar.
- Ada cafe kat bahagian atas utk sesape nak feeling2 amerika. Kalo nak feeling2 malaysia sila pegi restoran nasi kandar kt the other section of the Atmosphere..hehe
The Murals : )
Friday, February 14, 2014
Ariana Rose
Jumaat datang lagi..YESSSS!!
Esok cuti..tapi esok ada mesyuarat PIBG kena attend..haha
Semangat! Semangat! Semangat!
Semalam tengok la
1. ada Keith Foo - dia org n9 tau..
2. episod akhir kan..feel dia lain sikit.
3. kang kwn2 citer melopong plak tau tau ujung pangkal - be informative..haha
Kebetulan balik dari ofis semalam, singgah
Rumusan:
Episod akhir - failed. Banyak scene membazir duit sbb shooting sampai oversea tp mengarut2..merajuk sini..merajuk sana..dah siap solat maghrib pun tak abis2 merajuknya..ishhh. Tapi cameo by the Wedding Breaker writer Evelyn Rose saya suka.
Secara keseluruhan, harap lepas ni tayanglah drama yang lebih baik. Org kena rogol, kawin dengan perogolnya pulak..hmmm macam sakit hati je tengok.
Tunggu next drama pulak. Apa ya?
Wassalam.
Thursday, February 13, 2014
Parenting: Beg mu, beg mu jua..
Tuesday, February 11, 2014
Touched!
Assalamualaikum..

Baju pink tu mama dia, Zhang Rongxiang. Baju belang tu dia la, Gao Qianbo, 2 tahun. Comel kan :)
Masa mama dia pregnantkan dia, berlaku kemalangan dan mama dia koma..Kuasa Allah SWT Qianbo dlm rahim selamat. Papa dia jaga mereka sampai cukup masa untuk melahirkan (Cesarean off course..). Papa dia sentiasa letak dia sebelah mak dia. Kuasa Allah SWT mama dia bangun dari koma..mungkin sbb dengar dan boleh rasa sentuhan dia.
But anyway mama dia paralyzed. Dia selalu di sisi mama dia. Mama dia tak boleh makan macam-macam. Ada sesetengah makanan keras, dia bantu mama makan.
![]() |
| Dia kunyah2kan untuk mama.. |
![]() |
| Dia suap mama makan.. |
Ok, I'm touched! K, bye.
Thursday, February 6, 2014
Facebook 10 Tahun!!!
Eh, Facebook dah 10 tahun?! Rasa macam baru je 'gile' Facebook. 10 tahun..dah darjah 4 kot..hehe.
BTW, Facebook sambut birthday tp bg users hadiah pulak. Yang video slide tu ler..gile
Facebook banyak baik buruknya..Bergantung pada niatlah..kalau guna Facebook untuk tujuan baik, baiklah jadinya and vice versa. Macam2 peel org kat Facebook. Pada saya elok bersederhana ajelah buat sesuatu tu. Kalo sampai dlm jambanss pun update status apekehal? heh..suke ati die lah ye x?
Agak-agaknye, di mana Facebook lagi 10 tahun. Zaman anak-anak saya esok ade lagi ke Facebook? Masih relevan tak agaknye? Hmm tungguuu.
Apa pun, to Facebook dearie,
Wassalam.
Tuesday, February 4, 2014
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

- Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
- Awanazstyle Muslimah Shop
- The Veil By Ruzaini Rozlan
- Scarf Sweethoney
- Naylisha Boutique
- Huda Collections
- Ecadwinkyasha
6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)
World Hijab Day
Tak tahu pun pasal World Hijab Day. Hari ni baru tau.
World Hijab Day disambut (ye ke) pada 1 Februari. Gerakan ini telah diasaskan oleh Saudari Nazma Khan dari NYC. Beliau ni asal dr Bangladesh, berhijrah ke US sejak berusia 11 tahun. Nak jadi ceritanya, masa beliau menetap kat The Bronx, New York macam2 gelaran die dapat sbb berHIJAB. Lagi hebat selepas tragedi 9/11. Dan tercetuslah idea beliau utk share experience berhijab dengan bukan muslim. Niatnya 1, supaya mereka ni rasa apa perasaannya berhijab. Semua bole rujuk di laman web ni:
![]() |
| http://worldhijabday.com |
Tercapai kah?
Kalo nk donate pun boleh..nk support pun boleh..nk war-war pun sangatlah boleh..pahala la tu..inshaAllah.
Moga berjaya :)
"Walk a Day in My Shoes"
Wassalam.
Monday, February 3, 2014
Cuti, cuti dan cuti..
Meriah cuti. Harini jalan 'kureng' kereta. Sangat pelik bila area The Mines lengang..hihi
Selamat Tahun Baharu Cina!!
p/s: Mood cuti. Entry pun cuti ; )












